Penaja

29.9.09

MILIK SIAPA

Cinta kita
sering melata
cinta Dia
kekal abadi.

Di mana hati mahu dibawa
kalau tak siapa sudi menyapa
di mana rasa mahu diucapkan
kalau tak siapa sudi mendengarnya
namun Dia Nan Esa sentiasa ada
makin rapat jika kita mahu merapati
semakin akrab jika memang kita insaf diri.

Seyogia itu sejak nafas ini lepas bebas
kita asyik terlupa Nur nan menerangi kita.

Nadi masa bergerak dalam kelukaan diri
hinggalah kita terperangkap ke jalan mati.

Kita bagaikan menghulur benang cinta di carikan usia.

Tak siapa kenal cinta kita
tak siapa akur impian kita
tak siapa pasrah harapan kita
kecuali Dia kembali ke diri murni.

Cinta ini milik siapa?.

12:07 PM, September 28, 2009


Puisi ini teruntuk YangManis