Penaja

20.12.12

Rawan

~<3 Rawan <3~ Rawan sukma berwalang teja di...
Nukilan Pena Ilhamku13hb Disember 8.28 ptg
~♥ Rawan ♥~

Rawan sukma berwalang
teja di dada langit ugah kelam
bertaukif hati dalam kiruh
berkimbah nukilan berkandilkan andang

Terlantar aku dalam diam
setiap aksam telah engkau alpa
sedalam lautan China afsun-afsunmu

Setiap akral tidakku ghaflah
kemuncah gunung Himalaya
walau alaf harusku tunggu
mencari sinar cinta batara

Kata bantu :
Rawan – sedih, risau
Sukma - jiwa
Berwalang terlalu sedih
Teja – pelangi
Ugah – berubah
Taukif – khuatir
Kiruh – kacau , tidak tenteram
Kimbah – kias
Kandil – Bercahaya
Andang – pelita
Aksam –sumpah
Alpa – lupa
Afsun – lafas
Akral – janji
Ghaflah – lupa
Muncah – puncak, bahagian tinggi
Alaf – makan jangka masa yang lama
Batara - suci

~ Nukilan Pena Ilhamku – kota singa
~ 13/12/2012
~ 08:20pm

12.12.12

~♥ Tarian berbangsi bindu ♥~

~<3 Tarian berbangsi bindu <3~ Seteguk nikmat...
Nukilan Pena Ilhamku 11hb Disember 1.12 ptg

Seteguk nikmat cinta berimaginasi
mengkahayalkan aku ke ambum fantasi
mengasyikan dalam realiti
sehingga ghaflah diriku sendiri

Tarianmu sungguh mengasyikkan
dengan bercanang tiga
berbangsi emas
lentikkan jemari
mata melirik
bibir kejonggolan
melucutkan pakaian jiwaku
tenggelam aku
tergoda aku
dalam barangti tabu

Hadirlah dikau di sisi
dari kayangan dewa dewi
melunsur dari pelangi
yang berpancarwarna taman bistari

♥ Kata Bantu :
Bangsi – seruling
Bindu – rindu
Ambum – kepolan
Ghaflah – lupa
Canang – gendang
Jonggol – muncung
Barangti – rindu dendam
Pancarwarna – warnawarni

~ Nukilan Pena Ilhamku – kota singa
~ 11/12/2012
~ 10:00am

Nukilan Pena Ilhamku

~<3 Efek Ilusi Dimensi Cinta<3~ Seperti...

11hb Disember 3.15 ptg
~♥ Efek Ilusi Dimensi Cinta♥~
Seperti terapung
antara dua alam
realiti atau fantasi
Beralun di antara ambum mega
dan pelangi
Adar dan andun antara satu masa
mengelirukan ……….
mengelirukan ……….
mengalpakan ………..

Asmaradanta setiap penjuru
bak ratna dipancar mentari
mengilaukan pancarindera
membutakan tanpa sedari

Mercu setiap menggelodak
jujai bak jeram
undak langkah tidak terdaya
getar bila mengosek
menggigil hingga kehujung nadi

Inilah Efek ilusi dimensi cinta

♥ Kata Bantu :

Alun – ombak
Ambum – kepolan
Mega – awan
Asmaradanta – putih berkilat
Ratna – sejenis permata
pancarindera – pandangan
Mercu – melempar-lempar
Jujai – tidak terhenti
jeram – airterjun sungai
Undak – menyebabkan tidak dapat bergerak laju
Kosek – usik

~ Nukilan Pena Ilhamku – kota singa
~ 11/12/2012
~ 03:01pm

Nukilan Pena Ilhamku


~♥ Kias Hias Kias Hias ♥~
Kias hias …..
di hujung pena berdakwat hitam
menghiasi kimbah bermaknawi
menjadikan watak-watak penari
dalam tarian tanpa alunan musika
dengan lentikan jemari
adar canang berdentum guruh
mega-mega kehitaman
di antara pelusuk dunia
kezaliman kemiskinan

Kias hias ….
mengimbau dalam setiap nukilan
di atas altar taburan mawar
jujai dalam setiap mentera
namamu diukir diatas bintang
disusuni dengan barisan awal
bergemerlap setiap malam
agar hatimu tidak kekosongan

Kias hias …..
menghiasi alit di tengah malam
bujukan kimbah batara cinta
memanji setiap kata-kata
dengan menebar bendera cinta
tidak alpa walau alaf lamanya
itulah batara cinta aku namakan

Kata Bantu :

Kimbah – kias
Mega – awan
Imbau – seru
Jujai – tidak pernah henti
Gemerlap – berkilauan
Alit – celak
Bujuk – kata-kata yang manis
Batara – suci
Alpa – lupa
Alaf – beribu tahun

~ Nukilan Pena Ilhamku – kota singa
~ 04/12/2012
~ 01:00pm
4hb Disember 1.19 ptg