Penaja

26.11.09

Biodata/Biografi Prof. Dr. Hamka (Sastera)

Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah ( HAMKA).

Tokoh dari tanah seberang ini sengaja dipilih untuk disisipkan dalam koleksi ini kerana Almarhum Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah atau dikenali sebagai Prof. Dr Hamka adalah ulama besar Nusantara yang sangat terkenal. Lebih-lebih lagi beliau berasal dari tanah Minangkabau yang mempunyai pertalian dengan masyarakat adat perpatih di Negeri Sembilan. Setiap orang di negara ini yang pernah melihat dan mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh tokoh ini pastinya merasai kerinduan yang mendalam terhadap nastolgia lampau. Penyusun sendiri tanpa sedar boleh menitiskan airmata apabila tokoh ‘idola’ ini tersedu dalam ceramah dakwahnya di kaca TV kira-kira awal tahun 1970an dahulu. Gayanya yang tersendiri dalam berdakwah amat memukau sekali bagai magnet yang boleh menyentuh hati setiap insan yang mendengar.

Latar Belakang Ulama

Pak Hamka atau Buya Hamka adalah nama istimewa yang mempunyai nilai tersendiri di persada perkembangan Islam dan dunia kesusasteraan nusantara. Hamka dari singkatan nama Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim. Almarhum dilahirkan di Kampung Tanah Sirah ( ada riwayat lain mengatakan di Kampung Molek), Negeri Sungai Batang Maninjau, Minangkabau pada 14 Muharram 1326H bersamaan 17 Febuari 1908. Bapanya Haji Abdul Karim Amrullah adalah ulama terkenal Minangkabau yang tersohor dan dianggap pula pembawa reformasi Islam ( kaum muda). Menariknya pula, datuk beliau adalah ulama tarekat yang bersuluk terkenal. Tuan Kisa-i ( datuk Hamka) tetap mengamal Thariqat Naqsyabandiyah, istiqamah mengikut Mazhab Syafie. Pemahaman Islam Tuan Kisa-i sama dengan pegangan ‘Kaum Tua’, tetapi pada zaman beliau istilah ‘Kaum Tua’ dan ‘Kaum Muda’ belum tersebar luas. Anak beliau, Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah, adalah seorang pelopor dan termasuk tokoh besar dalam perjuangan ‘Kaum Muda’. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah menolak amalan Thariqat Naqsyabandiyah, sekali gus menolak ikatan ‘taqlid’, tetapi lebih cenderung kepada pemikiran Syeikh Muhammad Abduh. Manakala ibunya pula bernama Siti Safiyah Binti Gelanggar yang bergelar Bagindo nan Batuah.

Menurut sejarahnya, bapa beliau pernah dibuang daerah oleh penjajah Belanda ke Sukabumi dalam tahun 1941 lantaran fatwa beliau yang dianggap membahayakan penjajah dan keselamatan umum. Haji Abdul Karim adalah tuan guru kepada Sheikh Haji Ahmad Jelebu[1] yang riwayat hidupnya turut disajikan dalam koleksi ini. Beliau meninggal dunia pada 21 Jun 1945.

Pendidikan

Hamka mendapat pendidikan awal agama dari Madrasah Tawalib yang didirikan oleh bapanya. Masa kecilnya, seperti kanak-kanak lain beliau juga dikatakan lasak dan nakal. Ini diceritakan sendiri oleh Sheikh Haji Ahmad Jelebu bahawa Hamka pernah menyimbah air kepada penuntut lain semasa mengambil wuduk. Selepas itu beliau berguru pula kepada Sheikh Ibrahim Musa di Bukit Tinggi. Dalam tahun 1924, Hamka berhijrah ke Jawa sempat menuntut pula kepada pemimpin gerakan Islam Indonesia seperti Haji Omar Said Chakraminoto. Lain-lain gurunya ialah Haji Fakharudin, Ki Bagus, Hadi Kesumo dan iparnya sendiri Rashid Sultan Mansur.

Kerjaya Hidup

Hamka telah menyertai Gerakan Muhamadiah dan menerajui kepimpinan pertubuhan itu di Padang Panjang tahun 1928. Hamka bergiat aktif bagi menentang gejala khurafat, bidaah dan kebatinan sesat di sana. Beliau menubuhkan Madrasah Mubalighin pada 1929 dan dua berikutnya, Pak Hamka berpindah pula ke Kota Makasar, Sulawesi untuk menjadi pimpinan Muhamadiah.

Keilmuan dan ketokohan yang ada pada beliau mendorong beberapa buah universiti mengambilnya sebagai pensyarah dalam bidang agama dan falsafah. Antara universiti itu ialah Universiti Islam Jakarta, Universiti Mohamadiah Sumatera Barat, Universiti Islam Pemerintah di Jogjakarta dan Universiti Islam Makasar. Bagi mengiktiraf keilmuannya, Universiti Al Azhar, Mesir telah menganugerahkan Doktor Kehormat dalam tahun 1958 dan beliau turut menerima ijazah Doktor Persuratan UKM pada 7 Jun 1974.

Novel-novel dan kitab-kitab

Keistimewaan Pak Hamka ialah kebolehannya menulis novel dan menghasilkan kitab-kitab agama yang terkenal. Berikut ialah beberapa buah buku karangan tersebut:

a. Novel

Tenggelamnya Kapal Vanderwick
Dalam Lembah kehidupan
Di Bawah Lindungan Kaabah
Kenangan Hidup
Merantau Ke Deli
Ayahku
Laila Majnun
Siti Sabariah

b. Kitab Agama dan Falsafah

Tafsir Al Azhar ( 30 Juz)
Khatib Ul Ummah ( 1925)
Tarikh Abu Bakar As Sidiq
Ringkasan Tarikh Umat Islam
Islam dan Adat Minangkabau
Tasawuf Moden
Falsafah Hidup
Lembaga Hidup
Lembaga Budi

c. Majalah

Kemahuan Zaman ( 1929)
Al Mahdi ( 1933)
Pendoman Masyarakat ( 1936 – 1942)
Semangat Islam ( 1944- 1948)
Menara ( 1946-1948)
Panji Masyarakat ( 1959)

17.11.09

Aku & Udara ii (Puisi iDAN)

1.
Mengintaimu dari celahan rindu
sekadar nampak bayangan ragumu
berselindung di sebalik desah harap
dikau Kekasih-ku bagaikan aura kabur
payah lekat di hati payah lekat di diri
lalu aku terkapar resah sendirian
melihat bayang rahmah-Mu pergi
- aku yang rindu lagi sepi.

2.
Dalam debar & sesakmu
aku datang cara percuma
tanpa diundang tanpa diseru tanpa sapaanmu
dalam ketar & sedihmu
aku merayap di jantungmu di kalbumu
tanpa pun kau sedar keprihatinanku
aku mengulus hempudu kehidupanmu
dengan penuh santun & bisik setia
sutera kasihku menyelimutimu sampai bila-bila.

3.
Aku & Udara menyikat tabir usia
hingga nafas ini terhenti
- kita tetap bercinta dalam diam.

iDANRADZi
Jenaris Kajang
2009 November 17 08:51

Teruntuk buat Saudara Qaseh

10.11.09

JANGAN DULU II (Puisi iDAN)

JANGAN DULU II

Satu perkara yang dikau tidak tahu
jika berpura-pura tahu pastinya akan sesat larat
membiarkan sahaja tanpa bertanya
pastinya kita akan ketinggalan
membiarkan orang melakukan segala
pasti dikau akan jadi batu loncatan.

(Sebaiknya kita memusuhi apa yang kita tidak tahu)
Agar kita saling berjaga-jaga
tentang kemungkinan ianya memerangi kita
mungkin juga ia akan dapat melindungi kita
yang penting bagaimana kita mendekati segalanya.

Satu perkara yang kau tidak tahu
bagaikan fatarmorgana di perjalanan
bagaikan makhluk asing di angkasaraya
bagaikan maut di setiap jalan raya
bagaikan impian tidak kesampaian
bagaikan janji tidak dikotakan
bagaikan kekasih tidak kunjung tiba
bagaikan maut yang bakal merisik kita.

Bila-bila & di mana-mana sahaja
kita makin keliru dihantui tidak tahu.

iDANRADZi
Jenaris Kajang.
Ilham dari Abuyon

8.11.09

Puisi Zizie Ali


KAU SEHARUSNYA DIAM

kau harus berdiam diri
meneliti kembali dengan mata hati
menimbang kembali dengan akal bistari
dari meluah amarah tak kendali.

usahlah membela kebatilan
meskipun ia teman sekandang
lantaran hakikat yang terpampang
bagai sinaran suria tanpa awan
menyerkup padang luas lapang.

ZIZIE ALI
15 JUN 2000

BILA KACA MELUKAI JARI

bila kaca melukai jari
darahnya hanya setitik
bisanya hanya sehari.

bila puisi melukai hati
darahnya membeku dalam diri
bisanya bersama denyutan nadi.

ZIZIE ALI
15 JUN 2000

LAUTAN INI MEMANG MASIM

lautan ini memang masim
dan kau tidak bisa bertahan.

lautan ini memang masim
dan kau tiada pilihan.

ZIZIE ALI
15 JUN 2000

BUKAN UGUTAN

usah turun ke jalan raya
memegang sepanduk dan poster
ingat, ini hanya peringatan
bukan ugutan.

usah tandingi jawatan tertinggi
agar aku di sini hingga mati
ingat, ini hanya peringatan
bukan ugutan.

usah panjangkan tempoh bicara
kan kita sudah punya bukti nyata?
ingat, ini hanya peringatan
bukan ugutan.

usah campuri siasah wahai siswa
kecuali siasah sokong kita
ingat, ini hanya peringatan
bukan ugutan.

usah siar berita negatif kami
namun jenuhkanlah negatif mereka
ingat, ini hanya peringatan
bukan ugutan.

ZIZIE ALI
15 JUN 2000

MALANG SI LEBAI MALANG

lebai malang dari darul iman
tidak diizinkan
membaca doa sidang
lantaran bendahara tua
ingin membaca talkin
untuk dirinya.

ZIZIE ALI
14 JUN 2000

SAWO MATANG TELUK KEMANG

sesudah lebih tujuh puluh peratus
sawo matang teluk kemang
memilih sungai buluh
apakah penghuni mahligai putrajaya
masih bisa tidur lena.

ZIZIE ALI
14 JUN 2000

SEDULANG DUSTA

mengutip dan mengunyah
menjadi terlalu payah
bila mengadap sedulang ceritera
digaulkan fitnah dan dusta.

ZIZIE ALI
13 JUN 2000

AKU MEMILIH KACA

bilanglah
ia bagai apa
bagai buih
bagai buah
atau bagai apa saja
namun aku memilih kaca
yang bisa meluka
orang-orang ternoda.

ZIZIE ALI
13 JUN 2000

KALAH DALAM MENANG

semalam,
seekor bapak khinzir
dengan hidung mendongak langit
melaungkan:
najis-najis yang akan ku lambakkan
akan bertambah.

hari ini,
khinzir itu jugalah
dengan tertunduk-tunduk
membisikkan:
aku sudah jangka
najis-najisku akan berkurang.

ZIZIE ALI
11 JUN 2000

PROLOG

sekian lama bersidang
akhirnya disimpulkan:
dia tidak mudah ditumbang
lantaran kekuatannya
bukan sekadar turunan mulia
atau petah tutur bicara
tetapi moral yang kukuh terbina
sejak remaja
tika getir membela marhain
membuka dada untuk ditusukkan
belati paling bisa
atau cakaran kuku penguasa.

meranapkan lelaki ini
perlu satu formula
luar biasa.

formula luar biasa
akhirnya ditemui jua:
s+a+d+o+m+i = l+i+w+a+t

ZIZIE ALI
8 JUN 2000

SISA-SISA NAFAS PEMBAKAR JAMBATAN

setelah tertewas dalam sidang
baki nafasnya yang masih tersisa
adalah episod memikul malu,
lalu atas rasa bistari
dia ingin terus hidup
di atas malu orang lain
tanpa disedari
dia sebenarnya sedang ditertawa
oleh jelata
seluruh negara.

ZIZIE ALI
10 JUN 2000

TARIAN LING
(dedikasi: hasyuda)

tarian naga dan tarian singa
yang ditarikan oleh ling
tidak tertanding
oleh tarian lilin
atau tarian zapin..

ZIZIE ALI
7 JUN 2000

MUKA DEPAN

suatu pagi
aku hampir termuntah
membaca muka depan
akhbar perdana:
..tuduhan...sukma..bahawa kamu..
..telah membenarkan..memasukkan
zakarnya ke dalam dubur kamu...

ZIZIE ALI
6 JUN 2000

SELOKA MAHSURI

aku tidak pasti
apakah darah putih
pernah mengalir
di pulau ini.

yang aku pasti
beribu-ribu mahsuri
sedang disadomi
oleh pak menteri
turunan benua hindi.

ZIZIE ALI
6 JUN 2000

MEMBUANG NAMA

bagai penyembelihan di cardova
atau bantengan rejim tirai besi
atau sekularisasi di bumi turki
mereka mahu mencubanya
di sini.

membuang nama
adalah langkah pertama
sebelum membuang nyawa.

ZIZIE ALI
stadium negeri
kuala terengganu
3.6.2000

BUSANA KEBERANIAN

semoga kalian
para peserta sidang
benar-benar menyarung
busana keberanian.

ZIZIE ALI
stadium negeri,
kuala terengganu.
3.6.2000

LELAKI DARI TANAH MORO

seusai fardhu jumaat
lelaki itu berdiri si sisi mimbar
mengejutkan aku yang kelesuan,
ah, aku bukan lagi berdepan
dengan sang penteori
atau penyair yang diasyik puisi sendiri,
lelaki ini tiba ke sini
setelah buminya saban hari
digranat mercado
yang dengan angkuh melaungkan:
kami akan menghancurkan kalian
hingga bisa membunuh
tenteramu yang terakhir..,

ZIZIE ALI
masjid rusila, marang, trg,
2.6.2000


PENJUAL DI PASAR KEDAI PAYANG

kalian tidak seramah
penjual di pasar buluh kubu
kota bharu.

ZIZIE ALI
kuala terengganu
1.6.2000

J.M.AZIZ

tika menggenggam tangan tanpa jari
terasa bagai menggenggam segugus puisi.

ZIZIE ALI
seberang takir,
kuala terengganu
1.6.2000

MASJID TERAPUNG

meski laut bergelombang
kau tidak bergoyang,
ah, rupanya kau punya tiang
kukuh mencengkam dasar mengabang.

ZIZIE ALI
masjid tengku tengah zaharah
kuala terengganu.
1.6.2000
glossari: MENGABANG = LAGOON


MASJID RUSILA

di atas mimbar
sebutir permata bersinar
di bawah mimbar
butiran pasir bertebar,
dalam iktikaf
aku menyifir
bagaimana andainya
dengan tiba-tiba
sang permata kembali
mengadap Ilahi.

ZIZIE ALI
masjid rusila
marang, terengganu.
1.6.2000

7.11.09

Pesanan Buat Seorang Isteri II

(lidahmu
adalah seekor ular
yang melengkar
di rongga mulutmu
lalu mematuk
tubuhmu sendiri)
berkatalah dengan lidah mariam
yang mempertemukan kata
dari kebun syurga
bagai air dingin gunung
yang lembut dan hening
di hujung mataku.
bersuaralah dengan bahasa masyitah
yang berlegar di kabut batinmu
bagai suara malaikat
membawa iqra'lembut dan bening
lembut dan bening
lalu bermukimdi dadaku
suamimu.

Hasil nukilan Moechtar Awang

Pesanan Buat Seorang Isteri I (Moechtar Awang)

I
Telah kusiapkan
bibir putera-puteri
kumereguk susu di dadamu
bagai titisan embun pertama
dari pintu langit
lalu menyebarkan wangian sejuta bunga
dari taman syurga
dan lengkungan resah
yang terkumpul
di bawah mata putihmu
bagai gumpalan nafas fatimah
yang berdegup di atas kisaran
memungut roh-roh suci
dari para malaikat yang ribut membaca tasbih
dari kebun keibuanmui.

II
Isteriku,aku inginkan
kau lahirkan sejuta husayn
dari zuriatku

Hasil nukilan Moechtar Awang

Kreatif: Sebuah bukit bernama Hijau

Oleh Md Nizar Parman




1.
BUNYI dua ledakan berturut-turut itu benar-benar menggegar hingga ke tangkai jantungnya. Dia segera berlari ke muka pintu bahagian dapur rumahnya. Dikuaknya luas-luas. Kelihatan kepulan asap berbaur debu-debu halus terawang-awang di ruang udara Bukit Hijau.

"Ya, Tuhan! Mereka benar-benar melakukannya," kalimat itu meluncur dari bibirnya.

Tidak lama kemudian, Miskiah, isterinya dan Munazah, anaknya yang ragil turut menyelit di muka pintu itu. Riak daripada wajah kedua-duanya seperti orang tongong. Mulut mereka melongo.


"Mereka letupkan bungkah-bungkah batu besar di bukit itu, Kiah. Usaha aku dan seluruh penduduk kampung ini sia-sia," ujar Masduki dengan bibir terketar-ketar. Jelas kekesalan terpancar di mukanya yang kian mengendur dan mengedut.

Beberapa bulan lalu, sebagai ketua penduduk di Kampung Bukit Hijau, dia dan beberapa orang jawatankuasa penduduk telah pergi menemui Yang Dipertua Majlis Daerah untuk menyatakan bantahan penduduk-penduduk Kampung Bukit Hijau tentang cadangan pembinaan sebuah kawasan perumahan mewah di lereng bukit itu.

"Kesannya sangat buruk, tuan. Kami bimbang kalau pembinaan kawasan perumahan mewah itu akan menjadi malapetaka pula kepada kami," jelas Masduki.

Md Nizar Parman

"Tidak bolehkah projek pembinaan perumahan mewah itu dipindahkan ke tempat lain?"

Lelaki yang memakai kemeja biru muda dan berdasi serta memakai baju kot berwarna gelap itu duduk menyandar di kerusi empuknya sambil memutar-mutarkan penanya. Dia tidak menafikan akan kebenaran kata-kata Masduki.

"Beginilah tuan-tuan, perkara ini akan saya majukan kepada pihak pemaju perumahan dalam mesyuarat kami bulan depan. Tuan-tuan tidak perlu risau, jika projek itu diteruskan pihak kami akan mengadakan pemantauan yang ketat untuk memastikan perkara yang buruk tidak akan berlaku," kata Yang Dipertua Majlis Daerah itu.

"Tidak bolehkah dipindahkan ke tempat lain, tuan?" desak Masduki lagi.

Lelaki itu sekadar menggeleng. "Projek ini telah diluluskan dan membabitkan kos puluhan juta Ringgit Malaysia, Encik Masduki. Segalanya telah dipersetujui dan melibatkan proses mahkamah."

Masduki sekadar terangguk-angguk walaupun perasaan jengkel kian menyelimuti hatinya.

"Ya, saya faham, tuan. Rumah-rumah yang bakal dibina itu bernilai jutaan ringgit, bukan seperti reban ayam di belakang rumah. Boleh dipindahkan ke tempat yang lebih jauh, jika jiran di sebelah rumah marah."

2.
Saban pagi, Masduki paling gemar duduk di bangku kayu di belakang rumahnya yang menghadap bukit itu sambil menghirup teh susu. Melihat matahari terbit dari belakang Bukit Hijau merupakan suatu panorama yang sangat indah. Hatinya benar-benar tenang dan damai. Melihat matahari yang tersembul dari belakang bukit itu, dia akan tersenyum sendirian.

Adakalanya dia akan menghabiskan masa dengan Miskiah di situ dari tengah malam hingga dini hari setiap kali tanggal 14 atau 15 dalam bulan Islam untuk melihat purnama mengambang penuh keluar dari belakang Bukit Hijau. Ayunya purnama itu persis si puteri yang keluar daripada persembunyiannya sambil ditemani bintang-bintang yang menjadi pengawalnya.

Dia dan Miskiah tidak pernah jemu. Hampir dua puluh tahun mereka berdua mengulangi perkara yang serupa setiap kali tibanya tanggal itu; menantikan kemunculan purnama penuh di situ.

Masduki teringat akan Muiz, anak sulungnya yang kini sedang menuntut dalam bidang kesenian di sebuah universiti di Berlin, Jerman. Muiz dan Bukit Hijau mempunyai suatu hubungan yang cukup mesra.

"Bukit Hijau itu inspirasi buat saya, ayah. Lihat sahaja lukisan-lukisan yang saya hasilkan, semuanya ada kaitan dengan bukit itu," kata Muiz, seminggu sebelum berangkat ke Jerman.

Pada awalnya, dia memang agak keberatan untuk melepaskan Muiz. Apatah lagi kos untuk melanjutkan pengajian di salah sebuah universiti tersohor di dunia itu amat tinggi. Pendapatannya sebagai peniaga mi kawah di pasar malam tidak menentu pula.

"Ini peluang untuk saya, ayah. Peluang bukan datang setiap masa dan sesekali peluang itu datang, saya akan merebutnya. Soal biaya saya di sana, ayah tidak perlu khuatir. Permohonan pinjaman saya telah diluluskan dan wang simpanan saya hasil jualan lukisan saya sudah memadai. Cukuplah untuk keperluan saya di sana," jelas Muiz.

Ada air jernih yang merembes di pipinya mendengar kata-kata Muiz. Dia benar-benar terharu akan kesungguhan dan kegigihan Muiz. Siapa sangka, seorang anak kecil yang dahulunya banyak menghabiskan masanya di Bukit Hijau mampu merealisasikan impiannya.

Detik yang paling tidak dapat dilupakannya ialah semasa Muiz berusia 15 tahun. Ketika itu dia dan keluarganya berkhemah di Bukit Hijau di samping berkelah di sebuah air terjun yang ada di situ. Tidak ramai yang tahu akan kewujudan air terjun di Bukit Hijau. Hanya masyarakat setempat sahaja yang mengetahuinya.

Muiz berlari-lari mendapatkannya dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Kenapa, Muiz?" soalnya kebingungan. "Kamu nampak harimaukah?"

"Tak� tak, ayah! Saya nampak rusa. Rusa dengan anaknya sedang minum di atas tu," jawab Muiz dengan nafasnya yang masih lagi naik turun.

Kemudian dia, Miskiah, Munawarah dan Munazah membuntuti Muiz untuk melihat rusa itu dengan mata kepala mereka sendiri dan memang benar, Muiz tidak berbohong. Malah bukan dua ekor, tetapi ada beberapa ekor rusa lagi sedang minum di sebatang alur air di atas puncak bukit itu. Mereka mengintai sekawanan rusa itu dari belakang pokok-pokok kayu yang terdapat di situ.

Masduki dapat melihat betapa Muiz cukup teruja pada saat itu.

"Hajat saya untuk melihat rusa di bukit ini sudah tercapai, ayah," bisik Muiz ke telinganya.

Sebaik sahaja pulang dari perkhemahan itu, Muiz segera melukis peristiwa yang dilaluinya itu dan sehingga kini, lukisan itu dijadikan salah satu karya peribadinya.

"Saya akan meletakkan Bukit Hijau di mata dunia, ayah. Saya akan kembali."

Itulah janji Muiz dan janji itu disematkan dalam ingatan dan dadanya.

3.
Pagi yang damai dikejutkan dengan bunyi deruman jentera berat melalui jalan Kampung Bukit Hijau. Masduki dan beberapa orang penduduk kampung segera keluar. Kelihatan beberapa buah lori mengangkut jengkaut menyusur garang melalui di atas jalan kampung itu. Di belakangnya ada beberapa buah jentolak sedang bergerak perlahan.

Masduki hanya mampu berdiri di bahu jalan yang sempit itu sambil melihat kenderaan itu perlahan-lahan bergerak menuju ke arah Bukit Hijau. Apalah kudratnya untuk menghalang jentera-jentera itu.

Seminggu selepas itu, lereng-lereng Bukit Hijau mulai gondol diasak oleh jentera-jentera berat itu. Jalan kampung yang sempit itu mulai menjadi laluan keluar masuk lori-lori pengangkut tanah. Jalan berturap yang dibina kira-kira lima tahun lalu mulai pecah dan berlubang. Jika hari panas, jalan itu akan menjadi berdebu. Kalau hari hujan pula, air akan memenuhi lopak-lopak di atas jalan itu.

Keselamatan penduduk kampung mulai terancam kerana permukaan jalan yang semacam itu. Apatah lagi kebanyakan penduduk di kampung itu menunggang motosikal yang menjadi kenderaan utama mereka.

Sekali lagi Masduki pergi menemui Yang Dipertua Majlis Daerah itu. Kali ini mengadukan hal jalan kampung yang semakin buruk keadaannya.

"Saya sangat khuatir tentang keselamatan penduduk-penduduk Kampung Bukit Hijau, tuan. Terutama anak-anak sekolah. Tidak bolehkah dibina satu jalan alternatif untuk kenderaan-kenderaan berat itu?" Masduki meluahkan perasaan bimbangnya.

Lelaki yang berbadan agak gempal dan bermisai tipis itu menghela nafas. Entah apa pula yang bersarang di benaknya kali ini.

"Dulu suasana di kampung kami amat tenteram, tuan. Tapi kini keadaannya sudah berubah. Setiap hari kami bergelut dengan debu. Kalau hujan lebat, jalan itu becak dan berlumpur pula. Cubalah tuan fikirkan masalah kami ini," tambah Masduki lagi. Merayu.

"Baiklah, Encik Masduki. Pihak kami akan mengambil perhatian yang serius tentang aduan yang dibuat. Dalam masa yang terdekat ini, saya akan mengarahkan pihak pemaju segera memperbaik jalan yang rosak itu," ujar Yang Dipertua Majlis Daerah itu.

"Tidak bolehkah dibina jalan alternatif lain, tuan?" soal Masduki.

Lelaki itu menggeleng seraya berkata, "Urusan itu akan memakan masa dan pastinya akan merugikan pihak pemaju kerana kos membina jalan baru pastinya menelan jutaan ringgit."

"Kami juga tidak untung, tuan," balas Masduki. Dia keluar dari pejabat Yang Dipertua Majlis Daerah itu dengan wajah yang agak murung. Hatinya benar-benar dipaliti kekecewaan.

Beberapa hari selepas itu, pihak pemaju kawasan perumahan mula mengambus jalan yang berlubang-lubang itu dengan batu kasaran. Bahagian bahu jalan itu ditambah dengan batu merah dan diratakan supaya jalan itu menjadi agak luas.

Namun kelegaan Masduki dan penduduk Kampung Bukit Hijau hanya seketika. Beberapa minggu selepas itu, jalan itu menjadi semakin sibuk apabila lori-lori mengangkut bahan pembinaan mulai keluar dan masuk; lori-lori besar dan dipandu agak laju pula. Pastinya keadaan itu menggusarkan Masduki dan penduduk-penduduk Kampung Bukit Hijau.

Sudahlah hatinya dirundung rawan apabila melihat Bukit Hijau diratah rakus sedemikian rupa, kini dia berhadapan dengan dilema baharu yang dialami oleh penduduk-penduduk kampungnya.

"Kita juga yang menjadi mangsanya, Kiah. Hujan lebat turun sahaja, mulalah berlaku banjir kilat dan banjir lumpur di kampung kita ini. Dulu tidak macam ini," luah Masduki kepada Miskiah pada suatu petang. Ketika itu mereka duduk di belakang rumah melihat Bukit Hijau yang telah berubah wajahnya. Tiada lagi kehijauan. Sekawanan rusa dan haiwan-haiwan liar lain entah ke mana larinya.

"Apa yang boleh kita buat, bang? Kita tidak ada kuasa pun untuk menghalang mereka. Abang juga yang penat naik turun pejabat majlis daerah. Tapi projek itu tetap jalan juga," ujar Miskiah.

"Sekurang-kurangnya abang berusaha, Kiah. Nampaknya, Bukit Hijau hanya tinggal nama saja. Kadang-kadang, abang tak faham. Pokok-pokok ditebang, bukit-bukit ditarah, simen dan batu pula yang ditanam. Kenapa mesti di lereng-lereng bukit?"

Pertanyaan Masduki tidak berjawab. Miskiah masuk ke dalam rumah bagi menyiapkan keperluan untuk mereka berniaga malam ini. Hidangan makan malam biasanya disiapkan oleh Munawarah, anak keduanya yang kini belajar dalam Tingkatan 6 Atas. Munazah yang akan menghadapi peperiksaan PMR sebentar lagi pulanglah ia dari sekolah kerana ada aktiviti kokurikulum.

Masduki duduk melangut di beranda rumah. Barang-barang keperluan untuk perniagaannya sudah dimuatkan ke dalam vannya. Miskiah pula masih bersiap di bilik. Entah mengapa petang itu hatinya kurang enak. Serba-serbinya tidak kena. Paling jelas apabila dia ditegur isterinya kerana memakai kelambi terbalik.

Beberapa kali dia melihat jam di tangannya. Sudah hampir pukul 6 petang, tetapi Munazah masih belum pulang. Tidak pernah Munazah selewat ini. Dalam dia ternanti-nanti akan kepulangan Munazah, tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang anak muda masuk ke perkarangan rumahnya. Wajah anak muda kelihatan cemas.

"Pak cik! Pak cik! Munazah!" Jerit anak muda itu tanpa turun daripada motosikalnya.

"Kenapa dengan Munazah?" bingkas Masduki, seolah-seolah seluruh darahnya telah berkumpul dan berhenti di rongga jantungnya.

"Munazah kemalangan, pak cik. Basikalnya dihimpit lori di baruh. Orang kampung sudah menghantarnya ke hospital," jelas anak muda itu.

Dan petang itu juga dia, Miskiah dan Munawarah segera bergegas ke hospital. Perkara yang dibimbanginya benar-benar telah terjadi. Jika diturutkan hatinya, mahu sahaja dikerahnya seluruh penduduk kampung membakar lori-lori yang tidak mempedulikan keselamatan penduduk-penduduk kampung itu.

Keadaan Munazah agak kritikal kerana mengalami kecederaan yang agak serius di kepala selain kedua-dua belah tangannya patah. Munazah masih dalam keadaan koma. Menurut doktor yang merawatnya, dalam dua atau tiga minggu lagi mungkin Munazah akan sedar.

4.
Masduki membaca kandungan surat yang dikirimkan oleh Muiz dengan perasaan yang sangat hiba. Entah bagaimana harus dikhabarkan kepada Muiz tentang Bukit Hijau sebaik sahaja Muiz pulang hujung tahun ini setelah hampir dua tahun dia tidak pulang. Bukit itu sudah tidak ada apa-apa lagi. Yang ada hanyalah tiang-tiang konkrit yang akan menjadi rumah mewah yang agam di lereng-lereng bukit seperti cendawan tumbuh di busut.

"Hujung tahun ini Muiz pulang, Kiah," kata Masduki. "Cuti panjang. Kebetulan dia ada wang lebih hasil jualan lukisannya di sana."

"Syukurlah...," ucap Miskiah. "Dia pulang sendirian?"

"Tidak. Dia akan pulang bersama tiga orang temannya dari Jerman. Katanya, teman-temannya itu begitu teruja untuk melihat keunikan Bukit Hijau seperti yang dilukisnya," terang Masduki.

"Abang tidak pernah ceritakan?"

Masduki sekadar membungkam. Memang dia ada menyuruh Munawarah menghubungi Muiz tentang kecelakaan yang menimpa Munazah, tetapi dia juga melarang anaknya itu menceritakan tentang Bukit Hijau kepada Muiz. Dia sangat bimbang emosi Muiz akan terganggu. Yang paling dibimbangi ialah kalau Muiz akan menjeruk rasa dan enggan pulang ke tanah air semula.

Apalah malang nasib Bukit Hijau. Usianya yang mencecah ribuan tahun, akhirnya tumpas di tangan manusia yang membawa payung bernama pembangunan dalam masa beberapa bulan sahaja. Dan siapalah pula dia untuk mempertahan bukit itu? Dia tidak punya wang untuk menebus bukit itu dan tidak mempunyai kuasa untuk menahan projek itu daripada diteruskan.

Biarlah! Ratahlah bukit itu semahu-mahunya. Dia sudah terlalu penat untuk menghadap Yang Dipertua Majlis Daerah, mengadukan hal itu dan ini. Dia masih ingat lagi kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki itu sewaktu dia mengadukan hal anaknya yang ditimpa kecelakaan.

"Bersabarlah, Encik Masduki. Pihak pemaju telah berjanji untuk membayar ganti rugi kepada Encik Masduki dan akan membina semua jalan yang telah rosak setelah projek itu siap kelak."

"Soalnya berapa lama, tuan? Setahun? Lima tahun? Sepuluh tahun?" bentaknya. "Atau setelah kami semua mati?"

Lelaki itu hanya mendiamkan diri seperti bongkah batu. Barangkali sudah kematian akal untuk menjawab pertanyaannya. Agak lama, baharulah lelaki itu berkata dan mengulangi ayat yang sama. "Bersabarlah, Encik Masduki�.. Bersabarlah."

5.
Berita utama dalam sebuah stesen televisyen tempatan.

"Satu kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur telah berlaku di kawasan pembinaan rumah mewah di Bukit Hijau ekoran hujan lebat yang luar biasa yang turun sejak beberapa hari lalu. Kejadian ini yang dianggap sebagai salah satu kejadian tanah runtuh yang terburuk di negara ini telah memusnahkan sebuah perkampungan yang terletak di kaki bukit itu. Sehingga kini usaha mencari dan menyelamat mangsa masih belum dapat dijalankan kerana hujan lebat masih lagi berterusan dan beberapa runtuhan masih berlaku."

Glosari:
Ragil (Jawa) - anak bongsu
Kelambi (Jawa) - baju

INFO: Penulis cerpen
MD NIZAR Parman adalah guru di Sekolah Kebangsaan Seri Lalang, Kluang, Johor. Beliau mula berkarya pada 1995. Sajak dan cerpen pernah terbit dalam beberapa akhbar dan majalah tempatan. Karyanya memenangi hadiah sagu hati Sayembara Cerpen Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka 2007, hadiah utama Sayembara Cerpen Guru DBP-BPG 1998 dan johan Sayembara Sastera Hari Guru Negeri Perak 1995 Kategori cerpen.

Kreatif: Raban

Oleh Zaharah Nawawi




"BUKAN semua orang tua nyanyuk." Hilmi menepis ujaran Hariri. Dia menyanggah hipotesis Hariri bukan kerana tidak mahu Kinka diperlekeh, biarpun lelaki yang sudah bergelombang kelopak matanya itu memang sering merapik, meraban ketika mempertahan hujah mahupun menyerang peribadi Hariri, musuh ketatnya itu.

“Kita lihat dari segi fakta.” Hilmi tahu ramai manusia membelakangi fakta tatkala berhujah. “Nenek aku berusia 109 tahun, masih siuman; masih berbudi bahasa. Malah masih boleh mencucuk benang ke dalam lubang jarum.”

“Sudah.” Hairir mencantas. “Nenek awak bukan Kinka. Mulutnya lebih bisa ular tedung senduk. Nama saja lepasan universiti tertua di Lembah Nil.”

Kinka memandang keliling. Cakap-cakap menggelarnya lelaki pikun yang raban, menangkap koklea. “Siapa miang mulut berani kata aku orang tua nyanyuk? Mari aku tunjuk siapa sebenarnya nyanyuk.” Hati Kinka menggerutu berkedut, sama dengan gerutu dan kedut pada kura tangannya. Lidahnya gatal untuk membalas sindiran tajam itu. Kinka sedia membalas kecaman dengan kecaman. Dia rasa dayus jika membiarkan saja kecaman-kecaman tersebut mencemar nama. Kelopak matanya yang bergelombang sama seperti kulit kura tangan, bergerak-gerak. Gigi yang tinggal sebatang itu bergoyang seakan mahu tercabut setiap kali Kinka bertikam lidah dengan musuh-musuh kelabnya “Siapa!” Kinka tidak pernah takut menentang musuh. Orang di sekeliling pura-pura tidak dengar. Jika lelaki pikun yang dianggap sebahagian besar warga negara Pilong sudah raban itu tahu siapa mengatanya nyanyuk tadi, dia pasti bangkit menyerang balas.

“Kalau kita dianiaya, kita mesti balas,” kulit tangan yang menggeleber ketika mengusap kepala seorang daripada cicit yang bertanya kenapa Tuk Kinka gemar berbalas kata-kata kesat dan kasar yang tidak molek didengar.

“Siapa?” tukas Kinka sambil memandang setiap wajah di sekitar. Panas di dada sudah melimpah ke tenggorok. Hariri musuh nombor satu Kinka menyepi. “Tidak guna cakap dengannya. Dia selalu dimenangkan kerana usianya.” Sekilas Hariri menjeling Hilmi.

Zaharah Nawawi

“Engkau Hilmi? Berani cakap aku orang tua nyanyuk?” Kinka menghampiri Hilmi yang sedang menengadah langit melihat sekumpulan awan putih berarak dari masyrik menuju ke maghrib. Tangan kirinya bercekak pinggang. Tangan kanan melerai belitan serban.

“Saya?” Hilmi pantas bangun. Dia mengelak dilibas serban tengik Kinka. Libasan itu tidak menyakitkan pun, tapi dari segi moral dia tidak mahu maruahnya calar .

“Saya tidak pernah kata Tuk begitu. Tuk silap orang.”

“Silap? Saya belum pernah silap.” Kinka semakin menghampiri Hilmi.

“Sumpah saya tak cakap Tuk orang tua nyanyuk.” Hilmi berundur selangkah.

“Jangan main sumpah-sumpah. Sumpah boleh bawa engkau masuk neraka. Engkau memang tidak cakap aku ‘orang tua nyanyuk,’ tapi engkau guna bahasa apa nama tu... Sanskrit. Engkau kata aku ‘lelaki pikun yang raban.’ Engkau jangan fikir aku tidak faham. Tujuh bahasa di dunia aku kuasai.” Kinka menunjuk pelipisnya dengan jari hantu separuh bengkok. Ketika itu kulit kura tangannya menggeleber seakan mengangguk.

“Hariri yang cakap Tuk,” cicit Kinka tidak mahu Hilmi jadi sasaran atuknya.

“Apa? Si Hariri keparat itu? Mulut tidak ada insurans. Cakap dengan dia, pikun-pikun aku masih boleh memenangi hati rakyat. Lihat dalam pilihan raya memilih wakil mesyuarat ke meja panjang nanti, calon siapa menang.” Kinka memandang Hilmi. “Engkau mesti sokong aku. Sokong Kelab Hegeh.”

“Kalau saya sokong Kelab Hegeh dapat apa?” mata Hilmi mengerdipkan. “Jika dapat jadi setiausaha sulit pada Wakil Meja Panjang, baru berbaloi. Dapat gaji ribu-ribu.” Hilmi senyum membayangkan kuras-kuras duit biru dan ungu dalam genggamannya.

“Engkau sokong Kelab Hegeh dapat masuk syurga. Lebih bagus dari jadi setiausaha sulit. Kalau sokong Kelab Hebat nanti masuk neraka. Neraka itu sangat panas. Tak boleh nak cakap macam mana panasnya.”

“Ada juga neraka yang sejuk, kan Tuk?” sambil senyum Hilmi sengaja memancing jawapan Kinka.

“Neraka yang sejuk itu Wil namanya. Neraka Wil hanya untuk ketua, jawatankuasa dan ahli Kelab Hebat. Penyokong masuk neraka jahanam.”

Seperti diharapkan Kinka, Hilmi menyebar petua panas berapi itu. Heboh warga negara Pilong memperkatakan hukum yang baru Kinka keluarkan.

Hariri, AJK Kelab Hebat, orang atas pagar, orang bawah pagar, penganalisis politik para profesor dan doktor dan pendiskusi kedai kopi, heboh membuat ulasan.

“Tuk Kinka sudah bersikap lebih daripada Tuhan. Boleh menentukan siapa masuk syurga siapa masuk neraka.”

“Tuk Kinka munafik.” “Tuk Kinka yang pikun itu sudah raban.”

“Tuk Kinka nyanyuk. Tidak tahu apa yang dicakapkannya. Maafkanlah dia.”

“Orang tua nyanyuk tidak berdosa. Maafkanlah dia.”

Apabila berapi-api tuduhan mengatakan Kinka bercakap seolah-olah dia Tuhan yang menentukan siapa boleh masuk syurga siapa boleh masuk neraka, Kinka tenang saja. Malah dia gembira popularitinya melonjak kerana kenyataan menggemparkan itu. Populariti tersebut akan membantu kemenangan calonnya yang bakal berentap dalam pilihan raya nanti. Dia tahu penyokongnya taksub. Amat. Walau apa pun dikatakannya, penyokong yang seperti sudah mati akal akan tetap menyokong. Setuju seratus persen. Kalau Pak Pandir pun Kinka letak sebagai calon, penyokongnya tetap pangkah. Tapi bila dengar orang-orang Hariri kata Kinka sudah pikun dan raban, hatinya menggelegak panas. Dia tidak boleh terima kata-kata itu. Sama sekali tidak. Orang pikun setahunya tidak mampu berbuat apa-apa. Tidur baring saja atas katil, makan minum dan buang air besar dan kecil pun atas katil; sambil bercakap merapik meraban sendirian.

Kinka melompat naik ke atas podium. Orang ramai berkumpul keliling mahu mendengar serangan balasnya. “Siapa kata saya yang cakap kalau sokong Kelab Hebat masuk neraka? Saya tidak pernah kata begitu. Saya kata: siapa yang masuk jadi ahli Kelab Hebat masuk neraka. Sebab rumah Kelab Hebat panas. Tidak ada aircond macam rumah Kelab Hegeh.” Penonton ketawa mendengar kepintaran madah berhelah Kinka.

“Tuk, kenapa Tuk cakap pusing-pusing?” Berbulu telinga Hilmi mendengar dolak-dalik Kinka. “Tuk beli aircond pun atas derma ahli dan orang ramai.”

“Tuk kena cakap begitu supaya nampak hebat. Kalau tidak tunjuk hebat nanti orang perkeleh kita. Kita pakai duit kutipan derma untuk membeli aircond dan membayar bil api dan air tidak jadi salah. Duit halal. Tak macam Kelab Hebat pakai duit haram hasil kutipan lesen anjing, babi dan arak serta tempat perjudian.”

“Kinka kata Kelab Hebat membayar gaji AJK kelab dan beri makan ahli dengan duit haram hasil cukai penternakan babi, lesen anjing, judi dan arak. Sebab itu katanya pemimpin dan AJK Kelab Hebat serta penyokongnya masuk neraka.” Hilmi berharap Hariri yang ada kuasa eksekutif berhenti dari menggunakan duit haram untuk membayar gaji kakitangannya.

Hariri ketawa sinis. “Hihi, Hihi.” Dia menepuk belakang Hilmi kuat sekali sehingga lelaki berbadan segak dan berisi itu terdorong beberapa langkah ke hadapan.

“Semua duit lesen dan cukai yang Kinka katakan itu bukannya banyak sangat. Pembangunan dan penyediaan stok beras dibeli dari hasil komoditi negara. Begitu juga gaji kakitangan. Duit yang dikatakan haram itu untuk membayar upah warga Myanmar membersih loji kumbahan najis pun tidak cukup.” Dengan sapu tangan ditarik dari kocek baju, Hariri mengesat mulut yang terasa basah.

“Nak buat gimik politiklah tu?” Hariri menepuk kuat belikat Hilmi sekali lagi.

Hilmi memandang Hariri. Dia gembira apabila membayangkan dia, anak isteri dan cucu cicit tidak jadi kayu api yang dibakar untuk memanggang atau merebus orang-orang dalam neraka, seperti kata Kinka.

Udara nyaman dan segar serta harum dengan bauan bunga lavendar, mawar, melur dan melati di Taman Raudah. Hilmi menemui Kinka lagi. Geleber pada kelopak matanya hampir mencecah barisan bulu mata atas yang semakin putih.

“Kalau dia sudah kata begitu, moleklah. Tapi itu kata dia. Aku tetap yakin duit dari hasil lesen benda-benda haram itu dicampur dengan hasil yang lain. Macam air bersih jika dicampur dengan air kotor walau hanya sedikit ia akan jadi musta’mal.”

“Aii?” Hilmi tersentap. Dia diam bukan setuju, cuma malas bertekak dengan orang tua yang selalu dimenangkan kerana usianya.

Ketika Hilmi sampai di halaman Kelab Hebat untuk bertanya khabar dan bersembang dengan Hariri, Kinka sudah memberi salam di muka pintu. “Maaflah datang tidak beritahu dulu,” Kinka senyum menampakkan gigi sebatang yang bergoyang-goyang mahu tanggal setiap kali dia bercakap. Kura tangannya yang menggeleber turut terangguk-angguk tatkala dia menghulur salam kepada Hariri.

Hilmi berhadapan dengan Kinka. Hariri di kepala meja yang boleh memuat 20 orang tetamu. “Tuk datang nak pinjam duit nak bayar gaji kakitangan Kelab Hegeh. Sudah tiga bulan tidak dibayar gaji. Anak isteri tidak makan. Tolonglah.” Mata kusam Kinta tunduk merenung jemari yang memilin bucu kertas di atas meja.

“Pinjam duit lagi? Berapa puluh atau berapa ratus riggit?” senyum di bibir Hariri yang tadi begitu manis serta-merta kuncup.

“Tak banyak. Dua ratus ribu, cukuplah.” Kelopak mata Kinka kulit kulitnya berkedut berlapis-lapis terkejip-kejip memandang wajah serius Hariri.

“Kalau tidak dengan Adik Hariri dengan siapa lagi Tuk boleh pinjam?” Tuk Kinka buat muka sedih dan toya. Tubir matanya mulai kemerah-merahan.

“Pinjaman dulu 100 ribu belum dibayar, sudah nak buat pinjaman baru?” Hariri mengesat muka sebaik cermin mata yang baru ditanggalkan, diletak di atas meja.

“Adik Riri, hutang-hutang itu nanti Tuk bayar bila ada duit. Tuk rancang nak jual kayu balak dalam hutan atas bukit berusia ribuan tahun itu untuk jelaskan pinjaman.”

“Tuk tak bimbang masuk neraka menggunakan duit hasil cukai dan lesen benda-benda haram yang Tuk katakan tempoh hari?” Hariri pandang jauh ke dalam iris Kinka.

Kinka memandang Hilmi “Daripada siapa Adik Riri dengar cerita bidaah itu?” “Hilmi.” Hariri menoleh Hilmi yang sedang memandangnya.

“Aa,” Kinka senyum panjang. Giginya yang sebatang itu bergoyang seakan mahu tanggal tatkala tersentuh lidah. “Sah sudah, Himilah yang cakap, bukan Tuk.” Tangan Tuk Kinka yang berkulit menggeleber menepuk meja dengan kuat.

INFO: Penulis

ZAHARAH Nawawi yang berpengalaman luas dalam kewartawanan sejak 1950-an, menghasilkan karya sastera dalam pelbagai genre termasuk cerpen, novel, puisi dan esei. Pengasas Kelab Penulis Zaharah Nawawi (Kepezi) yang bermatlamat memberi bimbingan kepada penulis muda itu, menerima Anugerah Penulisan Sea pada 1996. Penulis boleh dihubungi di

http://www.kepezi.blogsopt.com/.

Berita Harian

Sajak... BISIKAN IBU KETIKA MELAHIRKAN AKU: dll

BISIKAN IBU KETIKA MELAHIRKAN AKU:
(Yang menangis, gentar pada kekalutan dunia)


Jika mahu kenal orang di sekeliling
bertanyalah pada sesiapa yang di dampingi.

Jika mahu tahu seorang manusia
tanyalah insan yang telah dianiayai.

Jika mahu lihat wajah penipu
berkawanlah dengan pengampu.

Jika mahu kesan niat pembelit
perhatikanlah matanya yang melirik.

Jika mahu menguji insan yang jujur
dengar cakapnya ketika dia tidur.

Jika mahu tahu rahsia kekasih
berdampinglah dengan yang telah disisih.

Jika mahu menilai diri sendiri
bicaralah dengan hati bila dikhianati.

CHE SOO ISMAIL
Alor Setar

TATKALA MENGGELEDAH NURANI FAHD RAZY

Tatkala aku menggeledah
nurani Fahd Razy
yang aku geledah
adalah batini daripada sepoi manusiawi
adalah inderawi daripada tiupan Rabbani
pada kerikil peribadi
di ladang maknawi.

Di sini telah kujumpa jarum cinta
untuk kujahit perca-perca makna
menjadi kain fikrah daripada sutera rahsia.

Betapa
di sana telah tersedia
benang jasmani dan gunting fana
mandiri bahasa daripada gugus-gugus
aksara.

Tatkala aku menggeledah
nurani Fahd Razy
betapa di belantara puisi manusiawi
betapa di laut citra diksi-diksi bersusila
di sini kosmos indera
batini terusik dengan puspa narwastu
harum wangian insani
tajamnya metafora hakiki
setajam pisau
menyiat lapis-lapis makna
di kantung kata-kata.

Betapa - tatkala aku
menggeledah nurani insaniah
daripada gizi-gizi makna segugus puisimu
kerdil diriku
dalam sepotong maknawimu.

NIMOIZ TY
Gual Ipoh, Tanah Merah

SAJAK PADA SUATU SENJA


Aku bertandang lagi ke sini
dari daerah sihat yang luas
ke mukim sakit yang cemas.

Putih yang menjajah ruang
mengingatku pada detik mula
dan saat akhir nanti.

Dari senja tua ke malam muda
aku di sini mencari senyum
yang lama hilang dari bibir.

Sebelum aku pergi
sempat kutulis nota buat diri
sihat ini hanya singgah.

Selanjutnya hanya
Tuhan dan waktu.

SAHRUNIZAM ABDUL TALIB
Angsana Puisi Bera

GUNTING DALAM LIPATAN


Musuh gunting hanya kain
lumrah tabiatnya mengguntingkan.

Gunting itu walau betapa sayang
menyembunyikannya dalam lipatan
bukan terbaik tempat simpanan.

Demikian ibarat jahat tabiat
apabila kasih tidak tersukat,
masih berpuaka menggugat.

Jauhkan berkias berperi
demikian anjing dengan tahi,
sekalipun bukan makanannya
jahat tabiat dihidu juga.

NAWAWEE MOHAMMAD
Pakwong, Jertih, Terengganu

MENYEBERANG


Berdiri di tebing sungai takdir
sambil melihat ke seberang tanya.

Perahu nasib takkan sampai ke tambatan
tanpa pendayung usaha dan bekalan kecekalan.

Menyeberang sungai diri
perlu lebih berani
dengan perahu amal
berhijrah ke seberang sedar.

SHAPIAI MUHAMMAD RAMLY
Batu Pahat, Johor

PANJI KEBEBASAN INI


Setelah abjad demi abjad dilangkahi
desah resahmerungus durja
dan nafas tersedak di halkum sendiri
pohon masa sudah terlalu tinggi
menjulang antara biru langit dan merah
mega Maghribku
masih tersoal di ladang hati
membuak-buak selut
hanyir dan ngaum jentera
melapah kulit dan isi sawah yang pernah
ternoda.

Di dada perladangan zaman ini
kita melangkahmegah
dengan rasa kemanisan
pada kala nama sudah terjulang
dimana maruah
sudah kejap di tunjang
mengangkat martabat
dan harga diri bangsa
panji-panji kebebasan
terkibarmegah
dalam derap perarakan
dan laungan kebebasan

Marilah kita selami kembali
lubuk perjuangan lalu
dimana kejernihan dan ketenangan
terlakar sudah di kolamsejarahmu
mengangkat takhta keagungan diri
menyingkap cerita tua disebalik potret lusuh
dan sekelumit senyumdipinggir bibir
memaknakan kembali pohon sejarah
yang tegak meninggi menunjah awan biru
dengan kemegahan hati yang syahdu

EZANI DAUD
Kota Bharu

TANGGA


Di tangga politik
pengkhianat dilantik
di tangga dagang
khazanahmelayang
di tangga masyarakat
warga hilang sepakat
di tangga budaya
kita musnah upaya.

Dari tangga ke setangga
tahu siapa memijaknya
naik turun ke kamar kuasa
kerana iman tidak di dada
punah kaedah bernegara
tergadai maruah bangsa.

ADE PUTRAGONG
Likas, Sabah

SUARA DARI NYALI SUKMA


Angin basahmalamini
melontar hanyir darah
dan tulang ke segenap susuk ruang
melampias wangi akar liat pohon pelawan
yang tiba-tiba hilang semerbaknya.

Sesekali dibelenggu nestapa
terasa begitu gamang
membanting akal
tersepit di satu tikungan
buntumengimbang langkah
menuju aspal yang jauh.

Detik purnama ini,
ingin sekali menyelami
segala catatan yang lahir dari lelah batiniah
saat titik bening
sudah bertakung di pelupukmata
doa segera dipacak ke puncak
menanti sapaan semilir
deru muhasabah
membelai nyali sukma yang getir.

WAN MARZUKIWAN RAMLI
SK SIE, Pasir Mas, Kelantan

Kreatif: Pak Kaduk

Oleh Nassury Ibrahim




"EH, bukankah itu Pak Kaduk," kata Haji Hassan apabila melihat visual berita di skrin televisyen. Lantas, dia memanggil isteri bagi mengecam dan memastikannya.

“Yelah, bang. Pak Kaduk.”

“Apa yang dia buat tu?”


Setelah tiga hari bersembunyi daripada buruan polis kerana mencopek kupu-kupu malam dan merasai diri tidak selamat lagi kerana wajahnya tersiar dalam visual televisyen, Pak Kaduk bercadang melarikan diri dan menyusup masuk ke Malaysia. Dia memberi alasan kepada isterinya mahu mencari kerja kerana ramai yang pulang dari Malaysia jadi jutawan.

“Aku juga mahu jadi jutawan, bu,” Isterinya tidak berkata apa-apa.

Hasil bantuan seorang Tekong Malam, dengan bayaran Rp2 juta, Pak Kaduk berjaya menjejakkan kaki di tanah emas Malaysia. Melalui petunjuk seorang teman, dia menemui Bung Karim di Chow Kit dan 'melaporkan' tujuan kedatangannya. Bung Karim menasihati agar dia tidak terlalu mempercayai seseorang dan berhati-hati ketika berada di tempat awam.

“Di sini,” Bung Karim menunjukkan jari telunjuknya ke bawah. “Pak Kaduk dianggap pendatang haram.”

“Apa itu, Bung?”

“Pendatang tanpa izin.”

“Oooo …. Aku ke mari mahu cari kerja, Bung. Mahu kerja,” bersungguh-sungguh dia menyakinkan tujuan kedatangannya.

“Ah, itu gampang saja!” Bung Karim membetulkan sila. “Di sini kita tidak usah cari kerja. Di sini kita bikin kerja,” nasihat Bung Karim, pemegang kad pengenalan merah.

“Kerjanya apa, Bung?”

“Apa-apa saja, asal lumayan.”

Maka dijelaskan oleh Bung Karim akan kerja yang sesuai dan hasilnya lumayan. Kata Bung Karim, Pak Kaduk patut jadi dukun.

“Masakan!” Terkejut Pak Kaduk mendengarnya.

“Jadi dukun tak perlu modal besar, Pak. Asal saja pandai bercakap dan diyakini. Pak Kaduk akan dapat wang lumayan dan bisa hidup senang,”

“Aku tidak tahu ilmu pedukunan. Masakan aku bisa jadi dukun! Ah … main-main aje Bung Karim. Aku berkata benar,” jelas rasa kecewa di mukanya.

“Betul, Pak, betul. Kerja ini tak perlu modal besar. Untungnya lumayan.”

Bung Karim memujuk agar Pak Kaduk sanggup menjadi dukun merawat tenaga dalam lelaki. Bung Karim memberi beberapa tip untuk berjaya, termasuk berjanji menyediakan modal awal, tempat tinggal dan peralatan niaga.

“Sebagai balasnya, bapak mesti bayar tiga kali ganda daripada modal aku beri,” sambil mengangkat tiga batang jarinya. “Kalau bersetuju, aku akan bantu perniagaan bapak.”

Setelah berfikir sejenak, Pak Kaduk pun menyatakan persetujuannya. Maka Bung Karim menelefon rakan-rakan agar menghantar segera segala jenis kayu-kayuan: Tongkat Ali, Perdu Bumi, Bakawali, Jarum Emas, rempah-ratus, halia, kunyit dan segala macam. Bahan-bahan itu dimesin dan dimasak bersama-sama minyak nyor. Sisa kayu-kayuan itu dibuat majun.

Berbekalkan minyak nyor dan majun itulah, Pak Kaduk keluar ke Chow Kit menjual impian. Minyak dan majun itu dipamer bersama-sama gambar ghairah wanita dari majalah Playboy dan gambar lelaki kecewa patah berjuang.

“Bapak-bapak jangan jadi seperti lelaki ini,” demikian kata Pak Kaduk setiap kali memulakan perniagaan. Kata-kata itu seperti magnet, cepat menarik para lelaki yang lalu-lalang. “Kalah sebelum berjuang,” sambil menunjukkan gambar lelaki berkenaan. Para pengunjung mula mengerumuni.

“Kesian wanita ini,” sambil menunjukkan gambar wanita ghairah. “Kecewa kerana hajat tidak kesampaian. Mahukah isteri bapak-bapak jadi seperti wanita ini?” Pak Kaduk menatap wajah para lelaki di hadapannya. Semua diam, menanti kata-kata Pak Kaduk seterusnya.

“Kalau begini, isteri bapak akan cari lelaki lain,” jarinya menunjuk ke langit. “Tiada guna wang berjuta kalau ini (menunjukkan aksi dengan jari) tidak bisa berfungsi. Mahukah?” Sekali lagi Pak Kaduk memerhati wajah para pengunjung di hadapan. Pak Kaduk rasa makin bersemangat.

“Mahukah digelar lelaki dayus, kalah sebelum berjuang dan isteri dikebas orang?” Pak Kaduk menatap satu demi satu wajah di hadapannya.

Biodata: NASSURY IBRAHIM

NAMA pena bagi Maniyamin Ibrahim yang dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan. Lulusan Diploma Falsafah Sains Islam dan Sarjana Pengajian Melayu ini menulis dalam genre puisi, esei, berita dan kritikan sastera. Karyanya mendapat tempat dalam majalah, akhbar dan buku dalam mahupun luar negara. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

2.11.09

MEREKA YANG TERPINGGIR (Puisi iDAN)

Tak siapa pun mahu terpinggir
apatah lagi kehidupan penuh enigma
di sudut sepi menanti khabar sakti
dengan keyakinan diri tentang setia
bertapak di hati lekat di sanubari.

Laguan kehidupan terusan dialunkan
dengan lirik abadi tak kenal sepi
dendang seriosa luka laguan purba
bagaikan tak lapuk di hujan
pun tak lekang di panas
masih ada pendengarnya seyogia
telah sebati diamati abadi dirasai.

Mereka yang terpinggir ini
adalah pendita dalam derita
sumbunya syahdu meniti waktu
tak pernah berharapkan ihsan
namum jiwa mereka tulus ikhlas
bak mutiara sebutir dari pasir sepantai.

iDANRADZi
Jenaris Kajang

November 2, 2009 8:59 AM

1.11.09

GALERI JANJI (Puisi iDAN)

Janji seharusnya sebati
janji semestinya setia
janji sebaiknya sehidup semati
janji sanggup berkorban segalanya
janji adalah ikatan bukan perpisahan.

Sementelah hidup bersama
semakin kenal erti mungkir janji
seharian asyik mengingkari janji
berpaling tadah serta engkar janji
asyik berdusta nista menodai janji
bagaimana janji mahu ditepati.

Nan nyata janji Dia Nan Esa
adalah jitu padu kekal abadi.

iDANRADZi
Jenaris

November 1, 2009 6:05 Ptg

Ilham dari Janjidi blog

http://cahaya-kekasih.blogspot.com

PENYAIR TANPA NAMA (Puisi iDAN)

Hidup seorang penyair
sedar tak sedar kita makin ke hujungnya
tak siapa sedar tentang kehadiran kita
lantaran sememangnya ada ketika kita mencari nama
tetapi kita sebenarnya memang bukan ternama
jauh sekali punyai anugerah yang diterima.

(Akur saja apa ada pada nama)

Amat payah meleraikan hati dengan bait-bait puisi
seyogia ianya telah sebati dalam diri
amat payah menyepi tanpa berpuisi
seyogia dalam mimpi rawan pun
kita amat damai dengan bisikan puisi.

Biarlah diri tidak duduk di mana-mana generasi
agar puisi-puisi ini tetap ada pengikutnya
dalam diam dalam sepi.

-Puisi itu bagai desah hati
yang tak reti berhenti
dalam diri abadi.

iDANRADZi
Jenaris Kajang

November 1, 2009 5:39 Ptg

31.10.09

HUTAN WARISAN (Puisi iDAN)

(Itulah sebaiknya kita kembali kepada Dia)

Jika akar iman kita semakin kaku
sering diasak gangguan bisa dunia
sering kering jampi serapah harapan
daun kasih kita bagaikan garing
gugur pada daki riba tanah alpa
bunga rindu tidak lagi seharum dulu
malahan diri ini bagaikan dicabut
dipindahkan ke belantaran sepi
tekad & khudrat kenalah dikuatkan.

Ada ketika sengketa itu mengajak kita
agar segera memikirkan soal berhijrah
bukan kita memutuskan ukhuwah
bukan kita mencari musuh dalam berdakwah
seyogia ada antara kita sememangnya
menjadi gunting dalam lipatan
menjadi musuh dalam selimut
di depan kita terikat segala perjanjian
sebaliknya sewenang-wenangnya
al-Quran dihumban al-Sunnah diabai
tindak-tanduk semakin menghimpit & menjerat
apakah masih mahu sembah beradat.

Hutan warisan ini semakin gondol
hutan batu ini pula semakin panas & gugur
top-top kita juga akan digegar gempa & murka Ilahi
sementelah jika kita tidak saling memahami.


Puisi ini diilhamkan dari catatan: Ibuyon

24.10.09

Puisi WS Rendra i

Kelelawar ~ W.S Rendra

Januari 7, 2008

Silau oleh sinar lampu lalulintas
Aku menunduk memandang sepatuku.
Aku gentayangan bagai kelelawar.
Tidak gembira, tidak sedih.
Terapung dalam waktu.
Ma, aku melihatmu di setiap ujung jalan.
Sungguh tidak menyangka
Begitu penuh kamu mengisi buku alamat batinku.

Sekarang aku kembali berjalan.

Apakah aku akan menelefon teman?
Apakah aku akan makan udang gapit di restoran?
Aku sebel terhadap cendikiawan yang menolak menjadi saksi.
Masalah sosial dipoles gincu menjadi ######fizika.
Sikap jiwa dianggap maya dibanding mobil berlapis baja.
Hanya kamu yang enak diajak bicara.

Kakiku melangkah melewati sampah-sampah.

Akan menulis sajak-sajak lagi.
Rasa berdaya tidak bisa mati begitu saja.
Ke sini, Ma, masuklah ke dalam saku bajuku.
Daya hidup menjadi kamu, menjadi harapan.

~ W.S. Rendra


Rajawali ~ W.S Rendra

Disember 19, 2007

Sajak Rajawali ~ W.S Rendra

Sebuah sangkar besi
tidak bisa mengubah rajawali
menjadi seekor burung nuri

Rajawali adalah pacar langit
dan di dalam sangkar besi
rajawali merasa pasti
bahwa langit akan selalu menanti

Langit tanpa rajawali
adalah keluasan dan kebebasan tanpa sukma
tujuh langit, tujuh rajawali
tujuh cakrawala, tujuh pengembara

Rajawali terbang tinggi memasuki sepi
memandang dunia
rajawali di sangkar besi
duduk bertapa
mengolah hidupnya

Hidup adalah merjan-merjan kemungkinan
yang terjadi dari keringat matahari
tanpa kemantapan hati rajawali
mata kita hanya melihat matamorgana

Rajawali terbang tinggi
membela langit dengan setia
dan ia akan mematuk kedua matamu
wahai, kamu, pencemar langit yang durhaka
W.S Rendra, Kumpulan Puisi ” Perjalanan Bu Aminah “, Yayasan Obor Indonesia – 1997


Biografi W.S Rendra

Disember 18, 2007

WS Rendra

Nama Pena:
WS Rendra

Nama Asal:
Willibrordus Surendra Broto Rendra

Nama Setelah Memeluk Islam:Wahyu Sulaiman Rendra

Memeluk Islam : 12 Ogos 1970

Seniman ini mengucapkan dua kalimat syahadah pada hari perkahwinannya dengan Sitoresmi pada 12 Ogos 1970, dengan disaksikan dua lagi tokoh sastera Taufiq Ismail dan Ajip Rosidi.

Gelaran: Si Burung Merak

Julukan si Burung Merak bermula ketika Rendra dan sahabatnya dari Australia berlibur di Kebun Binatang Gembiraloka, Yogyakarta. Di kandang merak, Rendra melihat seekor merak jantan berbuntut indah dikerubungi merak-merak betina. “Seperti itulah saya,” tutur Rendra spontan. Kala itu Rendra memiliki dua isteri, iaitu Ken Zuraida dan Sitoresmi.

Tempat Lahir: Solo, Jawa Tengah.

Tarikh Lahir: 7 November 1935.

Tarikh Meninggal Dunia : Khamis, 6 Ogos 2009 pukul 22.10 WIB di RS Mitra Keluarga, Depok.

Dimakamkan selepas solat Jumaat 7 Ogos 2009 di TPU Bengkel Teater Rendra, Cipayung, Citayam, Depok.

Agama:
Islam

Isteri:
- Sunarti Suwandi (Nikah 31 Mac 1959 dikurniakan lima anak: Teddy Satya Nugraha, Andreas Wahyu Wahyana, Daniel Seta, Samuel Musa, dan Klara Sinta. Cerai 1981)
- Bendoro Raden Ayu Sitoresmi Prabuningrat (Nikah 12 Ogos 1970, dikurniakan empat anak: Yonas Salya, Sarah Drupadi, Naomi Srikandi, dan Rachel Saraswati. Cerai 1979)
- Ken Zuraida (dikurniakan dua anak: Isaias Sadewa dan Maryam Supraba).

Pendidikan:
- SMA St. Josef, Solo
- Fakultas Sastra dan Kebudayaan Universitas Gajah Mada, Yogyakarta
- American Academy of Dramatical Art, New York, USA (1967)

Sebahagian Karya-Karya Rendra:

Drama
Orang-orang di Tikungan Jalan (1954)
Bip Bop Rambaterata (Teater Mini Kata)
SEKDA (1977)
Selamatan Anak Cucu Sulaiman
Mastodon dan Burung Kondor (1972)
Hamlet (terjemahan karya William Shakespeare)
Macbeth (terjemahan karya William Shakespeare)
Oedipus Sang Raja (terjemahan karya Sophokles)
Lisistrata (terjemahan)
Odipus di Kolonus (terjemahan karya Sophokles),
Antigone (terjemahan karya Sophokles),
Kasidah Barzanji
Perang Troya Tidak Akan Meletus (terjemahan karya Jean Giraudoux) Panembahan Reso (1986)
Kisah Perjuangan Suku Naga

Puisi
Balada Orang-Orang Tercinta (Kumpulan sajak)
Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta
Blues untuk Bonnie
Empat Kumpulan Sajak
Jangan Takut Ibu
Mencari Bapak
Nyanyian Angsa
Pamphleten van een Dichter
Perjuangan Suku Naga
Pesan Pencopet kepada Pacarnya
Potret Pembangunan Dalam Puisi
Rendra: Ballads and Blues Poem (terjemahan)
Rick dari Corona
Rumpun Alang-alang
Sajak Potret Keluarga
Sajak Rajawali
Sajak Seonggok Jagung
Sajak Seorang Tua tentang Bandung Lautan Api
State of Emergency
Surat Cinta
Pranala luar

Kegiatan Lain:
Anggota Persilatan PGB Bangau Putih

Penghargaan:
Hadiah Pertama Sayembara Penulisan Drama dari Bagian Kesenian Departemen Pendidikan dan Kebudayaan , Yogyakarta (1954)
Hadiah Sastra Nasional BMKN (1956)
Hadiah Puisi dari Badan Musyawarah Kebudayaan Nasional (1957)
Anugerah Seni dari Departemen P & K (1969)
Anugerah Seni dari Pemerintah Republik Indonesia (1970)
Hadiah Seni dari Akademi Jakarta (1975)
Hadiah Yayasan Buku Utama, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan (1976)
Penghargaan Adam Malik (1989)
The S.E.A. Write Award (1996)
Penghargaan Achmad Bakri (2006).

Biodata:
WS Rendra adalah anak dari pasangan R. Cyprianus Sugeng Brotoatmodjo dan Raden Ayu Catharina Ismadillah. Ayahnya adalah seorang guru Bahasa Indonesia dan Bahasa Jawa pada sekolah Katolik, Solo, di samping sebagai dramawan tradisional; sedangkan ibunya adalah penari serimpi di keraton Surakarta. Masa kecil hingga remaja Rendra dihabiskannya di kota kelahirannya itu. Rendra dilahirkan di Solo, 7 November 1935. Beliau mendapat pendidikan di Jurusan Sastera Barat Fakultas Sastra UGM (tidak tamat), kemudian memperdalam pengetahuan mengenai drama dan teater di American Academy of Dramatical Arts, Amerika Syarikat (1964-1967).

Sekembali dari Amerika, beliau mendirikan Bengkel Teater di Yogyakarta pada 1967 dan sekaligus menjadi pemimpinnya. Pada perkembangannya, Bengkel Teater dipindahkan oleh Rendra ke Depok.

Tahun 1971 dan 1979 dia membacakan sajak-sajaknya di Festival Penyair International di Rotterdam. Pada tahun 1985 beliau mengikuti Festival Horizonte III di Berlin Barat, Jerman. Kumpulan puisinya; Ballada Orang-orang Tercinta (1956), 4 Kumpulan Sajak (1961), Blues Untuk Bonnie (1971), Sajak-sajak Sepatu Tua (1972), Potret Pembangunan dalam Puisi (1980), Disebabkan Oleh Angin (1993), Orang-orang Rangkasbitung (1993) dan Perjalanan Aminah (1997).

Puisi Terakhir WS Rendra

Aku lemas
Tapi berdaya
Aku tidak sambat rasa sakit
atau gatal

Aku pengin makan tajin
Aku tidak pernah sesak nafas
Tapi tubuhku tidak memuaskan
untuk punya posisi yang ideal dan wajar

Aku pengin membersihkan tubuhku
dari racun kimiawi

Aku ingin kembali pada jalan alam
Aku ingin meningkatkan pengabdian
kepada Allah

Tuhan, aku cinta padamu

~ Allahyarham Rendra menulis puisi ini saat ia terbaring di rumah sakit Mitra Keluarga, Depok, 31 Julai lalu.

Untuk membaca puisi-puisi Rendra, sila klik sini.

—————————————————–

Pemergian Rendra

Penyair ternama WS Rendra atau lebih terkenal dengan panggilan ‘Burung Merak’ meninggal dunia pada usia 74 tahun di Hospital Mitra Keluarga, Depok, Jawa Barat, pukul 10 malam Khamis 6 Ogos 2009.

Penyair dan pelakon drama yang nama penuhnya Wahyu Sulaiman Rendra meninggalkan 11 orang anak hasil daripada tiga pernikahannya.

Rendra terkenal dengan sajak-sajaknya yang penuh dengan sindiran dan kritikan cukup mahir memainkan emosi penonton ketika melakukan persembahan.

Beliau yang lebih akrab dipanggil Willy mencurahkan sebahagian besar hidupnya terhadap dunia sastera dan teater. Menggubah serta mendeklamasi puisi, menulis skrip serta berlakon drama merupakan kemahirannya yang tidak ada bandingan.

Hasil seni dan sastera yang digarap cukup dikenali oleh peminat seni tempatan mahupun dari luar negara.

Allahyarham bukanlah penyair biasa. Sajak dan puisinya padat dengan nada protes. Jadi tidak hairanlah Kerajaan Indonesia pernah mengharamkan karya beliau daripada dipersembahkan pada tahun 1978.

Tidak hanya sajak dan puisi yang sering menyebabkan rasa tidak puas hati kerajaan, bahkan dramanya yang terkenal berjudul SEKDA dan Mastodon dan Burung Kondor juga menjadi sasaran.

Di samping karya berbau protes, sasterawan kelahiran Solo, 7 November 1935 ini juga sering menulis karya sastera yang menyuarakan kehidupan kelas bawahan seperti puisinya yang berjudul Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta dan puisi Pesan Pencopet Kepada Pacarnya.

Beliau mengasah bakat di dalam bidang tersebut sejak menuntut di Fakulti Sastera dan Kebudayaan Universiti Gajah Mada. Pada ketika itu cerpennya disiarkan di majalah seperti Mimbar Indonesia, Basis, Budaya Jaya dan Siasat.

Dia juga menimba ilmu di American Academy of Dramatical Art, New York, Amerika Syarikat. Sekembalinya dari Amerika pada tahun 1967, jejaka yang tinggi lampai dan berambut panjang itu menubuhkan bengkel teater di Yogyakarta.

Tidak lama bengkel teater tersebut dipindahkan ke Citayam, Cipayung, Depok, Jawa Barat. Oleh kerana karya-karyanya yang begitu gemilang, Rendra beberapa kali pernah tampil dalam acara bertaraf antarabangsa. Sajaknya yang berjudul Mencari Bapak, pernah dibacakannya dalam acara Peringatan Hari Ulang Tahun ke-118 Mahatma Gandhi pada 2 Oktober 1987, di depan para undangan The Gandhi Memorial International School Jakarta.

Beliau juga pernah ikut serta dalam acara penutupan Festival Ampel Antarabangsa 2004 yang berlangsung di halaman Masjid Al Akbar, Surabaya, Jawa Timur, 22 Julai 2004.

Meskipun sudah terkenal, ternyata masih banyak keinginan WS Rendra yang belum dipenuhi dan semua dirakamkan dalam sebuah puisi yang dibuatnya beberapa hari sebelum Si Burung Merak tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Dia meninggalkan satu puisi, puisi itu menyebutkan bahawa masih banyak keinginannya tetapi dia tidak mampu. Jadi semangat masih ada tapi dia tidak mampu mengatasi situasi dirinya yang semakin lemah,” kata salah seorang sahabat Rendra, sasterawan Jose Rizal Manua.

Puisi itu dibuat Rendra tiga atau empat hari lalu ketika masih dirawat di hospital dan puisi tersebut disampaikan oleh salah seorang anak perempuan Rendra.

Dari segi perkahwinan – isteri pertama Rendra, Sunarti terlebih dahulu meninggalkannya. Daripada perkahwinan dengan Sunarti, Rendra dikurniakan lima orang anak iaitu Tedy, Andre, Clarasinta, Daniel Seta dan Samuel.

Sementara isteri keduanya bernama Sitoresmi. Rendra memiliki empat orang anak hasil perkahwinan itu dan mereka ialah Yonas, Sara, Naomi dan Rachel. Namun Sitoresmi dan Rendra akhirnya bercerai. Ken Zuraida adalah wanita terakhir yang dinikahi Rendra dan memperolehi dua orang anak iaitu Isayasa Sadewa dan Mariam.

Kini dunia seni kehilangan sosok Rendra, tetapi Si Burung Merak itu akan terus menjadi inspirasi kepada generasi muda pencinta seni.


Pamflet Cinta ~ W.S. Rendra

Disember 12, 2007

Ma, nyamperin matahari dari satu sisi.
Memandang wajahmu dari segenap jurusan.

Aku menyaksikan zaman berjalan kalang-kabutan.
Aku melihat waktu melaju melanda masyarakatku.
Aku merindui wajahmu.
Dan aku melihat wajah-wajah berdarah para mahasiswa.
Kampus telah diserbu mobil berlapis baja.
Kata-kata telah dilawan dengan senjata.
Aku muak dengan gaya keamanan semacam ini.
Kenapa keamanan justeru menciptakan ketakutan dan ketegangan.
Sumber keamanan seharusnya hukum dan akal sihat.
Keamanan yang berdasarkan senjata dan kekuasaan adalah penindasan.

Suatu malam aku mandi di lautan.
Sepi menjadi kaca.
Bunga-bungaan yang ajaib bertebaran di langit.
Aku inginkan kamu, tetapi kamu tidak ada.
Sepi menjadi kaca.

Apa yang bisa dilakukan oleh penyair
Bila setiap kata telah dilawan dengan kekuasaan?
Udara penuh rasa curiga.
Tegur sapa tanpa jaminan.

Air lautan berkilat-kilat.
Suara lautan adalah suara kesepian
Dan lalu muncul wajahmu.

Kamu menjadi makna.
Makna menjadi harapan.
… Sebenarnya apakah harapan?

Harapan adalah karena aku akan membelai rambutmu.
Harapan adalah karena aku akan tetap menulis sajak.
Harapan adalah karena aku akan melakukan sesuatu.
Aku tertawa, Ma!
Angin menyapu rambutku.
Aku terkenang kepada apa yang telah terjadi.

Sepuluh tahun aku berjalan tanpa tidur.
*Punggungku karatan aku seret dari warung ke warung.
Perutku sobek di jalan raya yang lenggang…
Tidak. Aku tidak sedih dan kesepian.
Aku menulis sajak di bordes kereta api.
Aku bertualang di dalam udara yang berdebu.

Dengan berteman anjing-anjing geladak dan kucing-kucing liar,
Aku bernyanyi menikmati hidup yang kelabu.

Lalu muncullah kamu,
Nongol dari perut matahari bunting,
Jam dua belas seperempat siang.
Aku terkesima.
Aku disergap kejadian tak terduga.
Rahmatku turun bagai hujan
Membuatku segar,
Tapi juga menggigil bertanya-tanya.
Aku jadi bego, Ma!

Yaaahhhh, Ma, mencintai kamu adalah bahagia dan sedih.
Bahagia karena mempunyai kamu di dalam kalbuku,
Dan sedih karena kita sering terpisah.
Ketegangan menjadi pupuk cinta kita.

Tetapi bukankah kehidupan sendiri adalah bahagia dan sedih?
Bahagia karena nafas mengalir dan jantung berdetak.
Sedih karena fikiran diliputi bayang-bayang.
Adapun harapan adalah penghayatan akan ketegangan.

Ma, nyamperin matahari dari satu sisi,
Memandang wajahmu dari segenap jurusan.

W.S. Rendra
( Koleksi Puisi² Willibordus Surendra)


Bahawa Kita Ditatang Seratus Dewa ~ W.S Rendra

September 3, 2007

Aku tulis sajak ini
untuk menghibur hatimu
Sementara engkau kenangkan encokmu
kenangkanlah pula masa remaja kita yang gemilang
Dan juga masa depan kita yang hampir rampung
dan dengan lega akan kita lunaskan.
Kita tidaklah sendiri
dan terasing dengan nasib kita
Kerna soalnya adalah hukum sejarah kehidupan.
Suka duka kita bukanlah istimewa
kerana setiap orang mengalaminya
Hidup tidaklah untuk mengeluh dan mengaduh
Hidup adalah untuk mengolah hidup
bekerja membalik tanah
memasuki rahsia langit dan samodra
serta mencipta dan mengukir dunia.
Kita menyandang tugas,
kerna tugas adalah tugas.
Bukannya demi sorga atau neraka.
tetapi demi kehormatan seorang manusia.
kerana sesungguhnya kita bukanlah debu
meski kita telah reyot,tua renta dan kelabu.
Kita adalah kepribadian
dan harga kita adalah kehormatan kita.
Tolehlah lagi ke belakang
ke masa silam yang tak seorang pun berkuasa menghapusnya.
Lihatlah betapa tahun-tahun kita penuh warna.
Sembilan puluh tahun yang dibelai napas kita.
sembilan puluh tahun yang selalu bangkit
melewatkan tahun-tahun lama yang porak peranda.
Dan kenangkanlah pula
bagaimana dahulu kita tersenyum senantiasa
menghadapi langit dan bumi,dan juga nasib kita.
Kita tersenyum bukanlah kerana bersandiwara.
Bukan kerna senyuman adalah suatu kedok.
Tetapi kerna senyuman adalah suatu sikap.
Sikap kita untuk Tuhan,manusia sesama,nasib dan kehidupan.
Lihatlah! sembilan puluh tahun penuh warna
Kenangkanlah bahawa kita telah selalu menolak menjadi koma.
Kita menjadi goyah dan bongkok
kerna usia nampaknya lebih kuat dr kita
tetapi bukan kerna kita telah terkalahkan.
Aku tulis sajak ini
untuk menghibur hatimu
Sementara kau kenangkan encokmu
kenangkanlah pula
bahwa hidup kita ditatang seratus dewa.
W.S Rendra
1972


Nina Bobok Bagi Pengantin ~ W.S Rendra

April 25, 2007

Awan bergoyang, pohonan bergoyang
antara pohonan bergoyang malaikat membayang
dari jauh bunyi merdu loceng loyang

Sepi, syahdu, rindu
candu rindu, ghairah kelabu
rebahlah, sayang, rebahlah wajahmu ke dadaku

Langit lembayung, pucuk-pucuk daun lembayung
antara daunan lembayung bergantung hati yang ruyung
dalam hawa bergulung mantera dan tenung

Mimpi remaja, bulan kenangan
duka cinta, duka berkilauan
rebahlah sayang, rebahkan mimpimu ke dadaku

Bumi berangkat tidur
duka berangkat hancur
aku tampung kau dalam pelukan tangan rindu

Sepi dan tidur, tidur dan sepi
sepi tanpa mati, tidur tanpa mati
rebahlah sayang, rebahkan dukamu ke dadaku.

~ W.S Rendra

Dipetik dari 4 Kumpulan Sajak

Penyair Timur Tengah i

Fitnah ~ Puisi Arab

Jun 6, 2007

Dia berikan kepada engkau
dari hujung lidah
ucapan-ucapan yang manis
sedang perbuatan selalu mencurigakan
sebagai perbuatan serigala

~ Puisi Arab


Cahaya ~ Al-Kindi

Jun 3, 2007

Jangan tiru perangai lampu
menerangi orang lain
tetapi dirinya sendiri terbakar
tetapi contohilah perangai bulan
tiap kali bertentangan
dengan mentari
ia mendapat cahaya baru

~ Al-Kindi


Berdoalah ~ Puisi Arab

Mei 9, 2007

Berdoalah kepada Yang Maha Pencipta
moga kebahagiaan menjelma
biar jiwa kita terubat dengan harapan
maka janganlah sekali-kali menyerah
kerana jika kita mengalah
sesungguhnya kita telah membunuh harapan
seseorang yang paling dekat dengan kebahagiaan
adalah orang yang percaya harapan sentiasa ada

~ Puisi Arab


Kekasihku ~ Mahmud Varraq Haravi

April 30, 2007

Kasihku! Tidak kubuang
biar untuk hidup lain
begitu mahal nilai
dirimu tak kugadai

Kau kutarik
rapat ke jiwaku
hingga aku maut
kukorbankan hayat
namun dirimu
tak kulepas…..

~ Mahmud Varraq Haravi


Puisi Penyair Sufi Fariduddin ‘Aththar

April 20, 2007

Ketika Ya’qub berangkat untuk mengunjungi putranya,
dan meninggalkan Kanaan untuk pergi ke Mesir,
orang-orang Mesir menghiasi negeri mereka
dari ujung yang satu ke ujung yang lain.
Ketika Zulaikha mengetahui hal ini
dia menjatuhkan dirinya ke atas tanah,
sama sekali tak berdaya
dia menutupi kepalanya dengan kerudung
dan membungkuk dengan rendah hati ke sisi jalan.
Kebetulan pula, Yusuf harus melewati tempat ini;
dia melihat orang yang sedih dan terluka.
Tinggi di atas kudanya, dengan cambuk di tangan,
dia menemukan wanita yang amat-sangat mencintainya.
Suatu keluhan meluncur keluar dari lubuk hatinya,
yang hasratnya membuat cambuk itu semakin membara,
dan, ketika api semakin membesar,
Yusuf, yang paling menyedihkan, menjatuhkan cambuknya.
Zulaikha berkata, “Wahai engkau dengan iman begitu
murni. Tidakkah keterlaluan bagimu, bahwa engkau tidak mampu menahannya!
Api ini meloncat keluar dari hatiku
dan kau tidak mampu memegangnya di tanganmu?
Api yang telah memenuhi diriku selama bertahun-tahun,
tidak dapatkah engkau memegangnya sekejap saja?
Engkau, yang Pertama dari semua kaum beriman, dan
aku seorang wanita!
Begitukah caramu menunjukkan ketaatan?”

~ Attar


Tentang Keimanan dan Akhlak

April 16, 2007

Ketahuilah, bahawa DIA Yang Memiliki semua perbendaharaan di segenap langit dan bumi telah mengizinkan engkau berdoa kepadaNya.
DIA telah berjanji menerima doamu.
Dan DIA telah memerintahkanmu menunjukkan
permohonan kepadaNya
agar DIA memberimu apa yang kauminta; dan juga yang
mendambakan rahmatNya agar Ia melimpahkannya atas dirimu. Tidak seorangpun yang dapat menjadi penghalang antara kau dan DIA.

Tiada IA mencegahmu bertaubat
bila kau melakukan kejahatan,
dan tiada pula IA menyegerakan pelaksanaan hukuman bila kau melanggar laranganNya.
IA tidak mengejekmu bila kau akhirnya kembali kepada-Nya,
dan tidak membeberkan rahsia-rahsia dosamu meski yang demikian itulah yang lebih patut bagimu.
IA takkan mempersulit penerimaan taubatmu,
tidak mengungkit-ungkit kesalahanmu,
dan tidak akan pernah membuatmu merasa putus asa akan rahmatNya.
Bahkan bila kau mengurungkan niatmu untuk melakukan dosa, IA akan menghitungnya sebagai suatu perbuatan baik yang layak diberi pahala.
IA hanya menghitung pelanggaran yang kau lakukan sebagai satu kali dosa,
akan tetapi perbuatan baik yang kau lakukan akan dihitungNya sepuluh kali lipat pahalanya !

PintuNya selalu terbuka bagimu bila kau kembali kepadaNya.
Kesempatan diberikanNya kepadamu bila kau ingin memperbaiki dirimu di hadapanNya.
Bila kau memanggilNya, IA mendengar panggilanmu itu. Bila kau bermunajat denganNya,
IA pun mengetahui bisikan hatimu.
Dan kau selalu diberi-Nya
waktu untuk memaparkan kepada-Nya segala hajatmu, mencurahkan segala isi hatimu,
dan mengeluhkan segala kerisauanmu.
Ataupun kau memohon agar IA
menghilangkan segala kesusahanmu serta mengharap pertolongan-Nya atas semua urusanmu.
Atau meminta agar IA melimpahkan bagimu dari khazanah rahmat-Nya,
sebanyak apa saja yang tak mungkin siapapun selain DIA memberikannya,
baik berupa penambahan usia, kesehatan jasmani atau kelapangan rezeki.

DiserahkanNya kepadamu kunci-kunci khazanahNya dengan mengizinkan kau meminta dariNya.
Setiap kali kau ingin, kau dapat mengetuk pintu-pintu
nikmatNya dengan berdoa kepadaNya seraya mengharapkan curahan rahmatNya.
Maka janganlah sampai kau berputus asa bila IA tak segera menjawab permohonanmu.
Sebab pemberianNya selalu seimbang dengan niat yang menyertai setiap permintaan.
Adakalanya jawaban dariNya tertunda untuk sementara,
agar lebih besar ganjaranNya bagi si peminta dan lebih berharga bagi si pengharap.
Dan adakalanya kau memohon sesuatu tetapi tidak memperolehnya.
Namun kau mungkin akan mendapat yang lebih baik, segera atau ditangguhkan sampai waktu lainnya.
Atau hal itu memang sengaja dialihkan agar engkau memperoleh gantinya yang lebih utama.
Sungguh, kau tidak tahu, dalam sesuatu yang kau
minta mungkin saja tersembunyi penyebab kehancuran agamamu sekiranya kau memperolehnya.
Karena itu mohonlah dariNya agar semua permintaanmu ditetapkan kebaikannya untukmu dan dijauhkan keburukannya darimu.
Betapapun juga,
kekayaan yang diberikan kepadamu tak akan berada di tanganmu selamanya,
demikian pula kau tak akan hidup terus untuknya.
Ketahuilah, bahawa kau dicipta untuk kehidupan akhirat, bukan untuk dunia.
Untuk kefanaan, bukan untuk kebaqaan.
Untuk kematian, bukan untuk kehidupan yang langgeng. Dan bahawa kau kini berdiam dalam rumah sementara
dengan keadaan yang hanya mencukupi kebutuhan,
dan dibawa berjalan di atas jalan menuju akhirat.
Dan bahawa kau selalu dikejar oleh maut yang tiada
seorangpun terlepas dari kejarannya,
dan tidak pula mampu menghindarinya.
Ia pasti mencapai mangsanya.

Maka, waspadalah selalu !
Jangan sampai ia mencapaimu ketika kau dalam keadaan yang buruk.
Walaupun barangkali kau pernah membisikkan keinginan
bertaubat ke dalam hati sanubarimu,
namun maut yang datang cepat dapat
menjadi penghalang antara kau dan niatmu itu.
Jika yang demikian itu terjadi,
maka sesungguhnya kau telah menjadi penyebab kebinasaan bagi dirimu sendiri..

(Di petik dari Mutiara Nahjul Balaghah/Wacana dan Surat-surat Imam Ali r.a, penerbit Mizan)


Semuanya Kehendak Allah ~Lukman Hakim

April 9, 2007

Bila engkau memandang,
Segala yang berlaku adalah dari Allah,
Yang menciptakan segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menyebabkan segala sakit hatimu,
Yang menyebabkan segala keinginanmu terhalang,
Serta menyusah-nyusahkan hidupmu…

Kerana…
Masakan Allah sengaja mengadakan,
Segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
Bukan Allah tidak tahu deritanya hatimu,
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu…

Kerana…
Dia tahu hati yang sebegini selalunya lebih lunak,
Dan mudah lebih dekat dan akrab dengan-Nya…

~Lukman Hakim~


Aku Penulis ~ Nasir-i Khusraw

April 6, 2007

Pemikiranku
pohon baik berbuah
daun mencurah
kemurnian dan ilmu
padaku

Seandai kau lihat
daku sempurna
renunglah bagi si arif
dengan mata tajam

Usah pandang kelemahan ini
ingatlah
akulah penulis
karya melebihi
bintang angkasa ini.

Petikan Divan Nasir-i Khusraw


Puisi Rabiatul Adawiyah

Mac 6, 2007

Hatiku tenteram dan damai jika aku diam sendiri
ketika Kekasih bersamaku
cintaNya padaku tak pernah berbahagi
dan dengan benda yang sana selalu mengujiku
bilakah dapat kurenungi keindahanNya?

Dia akan menjadi mihrabku
dan arahnya menjadi kiblatku
bila kumati kerana cinta, sebelum terpuaskan
akan terseksa dan lukalah aku di dunia ini
oh penawar jiwaku, hatiku
adalah santapan yang tersaji bagi mahuNya
barulah jiwaku pulih jika telah bersatu denganMu
oh sukacita dan nyawaku moga kekal lah
dan diriMu juga berahiku berasal
dari semua benda fana di dunia ini
diriku telah tercerai
hasratku adalah bersatu denganMu
melabuhkan rindu

~Rabiatul Adawiyah


Elegi ~ Fatimah al-Zahra

Mac 4, 2007

Tidak menakjubkan sesiapa pun
yang mencium semerbak pusara Muhammad
tiada lagi akan berbaui air wangi
takdir menyakitiku dengan kehilangan
penuh kesedihan dan kegelapan
jika kegelapan berlaku di siang hari
nescaya hari menjadi malam yang abadi

~Fatimah al-Zahra

(Dari Pengantar Kesusasteraan Arab Klasik)