Semoga,
sayap patahku
cukup menghangatkan pangeran hati
Yang melambungkan bahagiaku,
meneduhkan di saat diri telah merapuh
Kini kumengerti arti penantian
Kini kumengerti arti penantian
memahami makna gelombang sebelum daratan
saat ksatria kejora memanah mendung di angkasa
saat ksatria kejora memanah mendung di angkasa
derai tawaku menjadi bintang di langit terang
binar mataku cahaya di jiwanya
dia labuhan hatiku
*E n O*
*E n O*
MADAH CINTA FANTASI
Wahai sayangku….!
Jikalau di satu hari nanti….
Engkau sedang merasa sedih dan berdukacita
Serulah aku!
Pasti aku akan segera datang di sisimu
Walaupun aku tidak dapat mengembirakanmu ketika itu
Yang pastinya…
Aku akan turut serta berduka menangis bersama-samamu!
Wahai sayangku….!
Jikalau di satu hari nanti
Engkau ingin lari berpindah ketempat lain
Serulah aku!
Kerana aku tidak akan menghalang niat mu
Cuma aku….
Ingin juga lari berpindah ketempat lain bersama-samamu!
Wahai manisku….!
Jikalau di satu hari nanti
Engkau lihat lidahku sudah menjadi bisu dan kelu
Segeralah datang kepadaku
Kerana ketika itu….
Aku sedang di dalam kerinduan
Dan sedang tersangat dahaga
Memerlukan dirimu dan kehadiranmu…!
MADAH CINTA SATU HARAPAN
Wahai….sayangku!
Adakah engkau mendengar suaraku ini?
Adakah engkau mendengar keluhan hatiku ini?
Adakah englau mendengar jeritan jiwaku ini...?
Sedangkan engkau jauh dariku…
Jauh di rantauan orang…!
Wahai….manisku!
Apa yang harus kukatakkan padamu?
Ketika engkau tiada disisiku
Seribu kerinduan telah membakar diriku
Seribu penyesalan telah melanda diriku
Seribu kenangan menyerang diriku..!
Tanpamu Siapalah aku..!
Wahai…sayangku!
Tahukah engkau…
Betapa diriku ini
Sentiasa gelisah menanti kepulanganmu
Betapa diriku ini
Sentiasa terbayang senyuman manismu
Betapa hatiku ini
Merasa kekosongan tanpa kehadiranmu
Betapa diriku ini
Merayu mengharap kepulanganmu!
Wahai ….sayangku!
Maafkan daku…
Wahai…sayangku!