Penaja

1.10.09

MERAK KAYANGAN (Puisi iDAN)

Ketika aku berlatih teater
aku nampak dia mengintaiku
namun aku sebenar hanya pelakon pembantu
sekadar langkah sementara & tersekat seketika.

Sebenarnya kita juga penggerak teater duniawi
di pentas lagi luas pribumi
di pentas lagi luas jiwawi
lalu aku memilih sahaja dunia penyairan ini.

Sementelah aku semakin tua
aku melihat langkahan dia masih amat perkasa
dengan beg sandang & pena tentunya
dia pemerhati sejati sebenarnya
meluah suara ikhlas di hati
melahirkan bait-bait jujur berpuisi
buat jujuran insan kuasawan
yang lupakan patah bahasa ketika dilahirkan.

Aku bagaikan sekerdil anai-anai
yang singgah di busut sasteramu.

Aku bagaikan sehelai bulu ekor
yang gugur di merak kayanganmu.

iDANRADZi
Jenaris

September 30, 2009 6:02 PM

Puisi ini teruntuk Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said