Penaja

28.4.13

Puisi A Samad Said

Sukar nak jumpa puisi A Samad Said; penuh makna yang tajam puisi ini.


Lim Swee Tin


Lim Swee Tin merupakan salah seorang pengarang di Malaysia yang sudah lama berkecimpung dalam dunia kepenyairan. Beliau merupakan penerima S.E.A Write Award 2000 (penghargaan tertinggi bidang kesusasteraan di Asia Tenggara oleh Kerajaan Diraja Thailand). Selain sering muncul di kaca televisyen mendeklamasikan puisi, penyair Lim Swee Tin turut giat memberi ceramah penulisan kreatif di dalam dan luar negara. Beliau pernah diundang mendeklamasikan sajak di Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan dan United Kingdom. Beliau kini Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dilahirkan di Bachok, Kelantan pada 26 September 1952. Dalam bidang penulisan, Lim cenderung menulis puisi. Karya awalnya terbit pada tahun 1973. Lim juga menghasilkan cerpen, novel dan tulisan-tulisan bercorak kesusasteraan. Pada tahun 1990, beliau mewakili negara pada acara Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur. Pada tahun yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka memilih beliau bagi program Penataran Karya Sastera selama hampir sebulan di Jakarta, Indonesia.

Antara karya yang telah diterbitkan ialah "Eva" (1981), "Akrab" (1985), "Menyusur Musim" (1991), "Seorang Anak Kecil dan Sajak-sajak Lain/A Child and Other Poems (puisi dwibahasa, 1993), "Masih" (1997), "Sebuah Fragmen Cinta" (1998) dan "Nyanyian Sepi" (puisi dwibahasa, 2000).

Lim Swee Tin pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/83, 1986/87, 1988/89, Hadiah Penghargaan Anugerah Puisi Putra 2, 1983 melalui antologi "Akrab", hadiah kedua Peraduan menulis Cerpen dan Puisi 100 Tahun Kuala Lumpur, Hadiah Sastera Utusan Melayu - Public Bank, Hadiah Cerpen DBP-Maybank dan banyak lagi.

Puisi beliau berjudul "Ketika Kami Bercerita Tentangnya" telah dipilih sebagai teks puisi di dalam antologi "Anak Bumi Tercinta" yang merupakan antologi Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu bagi Tingkatan 3.

Karya

  • Berkelana di Belantara Kata
  • Bisik Pada Angin
  • Citra Kurnia
  • Memetik Mawar
  • Nota Waktu
  • Nyanyian Sepi (Mandarin)
  • Prahara Di Padang Karbala
  • Rindu Seorang Salina