Penaja

1.4.02

CALAR (ZULKIFLI)

Khamis, November 05, 2009

( i )
di balik rusuk diri yang tulen
kau sembunyikan setiap calar
agar pahit wajahmu
rapi pada setiap cermin
yang membias diri itu juga.

( ii )
kepada cermin yang enggan berkata
jangan deraikan iras wajah milikmu
sejuta calar sekalipun
kau tetap jernih
dalam ladang kenangan.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Geliga, Darul Iman

04 Oktober 2009.

Selasa, Mei 26, 2009

KOTA PUISI

di sini
hanya wujud huruf-huruf
dibuntingi oleh nikmat rasa
mungkin aku
engkau juga mungkin
bernafas di celah-celah huruf-huruf ini.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
09 September 2005.