Ratib Kalbu (Petikan)
7
“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia
melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku”
(As-Zariyaat: 56)
Makhluk manusia dan jin
adalah hamba kepada-Nya
sebagai hamba ia hendaklah senantiasa patuh
sentiasa taat
jiwa dan raga
diserahkan kepada-Nya
Kenallah diri
kerana itulah jalan benar
lalu kenallah Dia.
Apabila kenal
maka tidak ada yang lain lagi
hanya Dia semata
sembah tunduklah kepada-Nya.
Sesungguhnya Dia tidak berhuruf
tidak bersuara
Dia bukan ain yang boleh diwajah-wajahkan
akal tak dapat menjangkau
dekat tidak bersentuhan
jauh tak berjarak oleh sempadan masa
lalu memohonlah petunjuk dan hidayah-Nya
supaya dibuka-Nya pintu khasyaf
maka mata kalbu pun dapat melihat-Nya
tidak ada lagi yang tersembunyi
tidak ada lagi yang terselindung
tidak ada lagi tabir
tidak ada lagi dinding.
Lihat, renung, tenunglah akan diri
gapailah rahsia tersembunyi
kerana tujuan-Nya mencipta manusia
untuk mengenal-Nya
sedang mengenal-Nya bukan jalan mudah
namun bukan mustahil
kerana demikianlah perintah-Nya
serta dengan kurniaan dan anugerah-Nya jua
yang lain tak ada sesiapapun
yang dapat membantu
yang dapat menunjukkan jalan
yang dapat menunjukkan denai
memberi alamat dan isyarat
untuk datang kepada-Nya
untuk menemui-Nya melainkan Dia
jika wajah-Nya zahir pada penglihatan
maka akan leburlah sifat mata
apabila zahir pada pendengaran
maka akan lenyaplah sifat telinga
apabila zahir pada keseluruhan diri
maka akan sirnalah seluruh diri
apabila zahir Ia atas sifat sekalian makhluk
maka akan lenyaplah sekalian alam
Sembah tidak hanya sembahyang
melainkan terkandung sama makna
mengenal akan Dia
iaitu asas utama dalam Islam.
Apabila kenal dan makrifat kepada-Nya
barulah sempurna segala
sembah sujud
berdiri kiam serta rokuk
ada erti dan membawa makna
mengabdikan diri kepada-Nya
umpama buah cantik diluar kulitnya
sempurna di dalam penuh isinya
umpama sungai yang terus mengalir
seperti lautan yang bergelombang
semacam langit dihiasi awan
laksana bumi yang subur dan makmur.
Kenalilah diri
kenalilah
disitu tersembunyi rahsia
rahsia yang maha rahsia.
Apabila penzahiran sifat wajah-Nya
di atas diri sebenar diri
di situlah dapat dilihat sifat wajah-Nya
terang nyata bagai jauhar
bagai mutiara bersinar
di langit gulita.
Tak usahlah mengambil syarat dan rukun yang lain
kerana itu adalah jalan yang jauh dan menjauhkan
daripada jalan sebenar dan benar
untuk mengenal-Nya
untuk melihat-Nya.
Cari bukan sesuatu yang di luar diri
lihat, pandang, renung, tenung
ke dalam diri dengan mata hati
kerana di situlah tersembunyi rahsia
wajah-Nya
“Aku adalah harta yang tersembunyi
dan sukalah Aku supaya dikenali.”
Dia meliputi segala pandangan
meliputi segala penglihatan.
Jangan terperangkap
jangan tersesat
dalam pelbagai syarat
dalam pelbagai rukun
dalam pelbagai jalan ibadat
dalam pelbagai zikir
sebelum menemui
syarat dan rukun diri.
Lihatlah kepada syarat dan rukun diri
apabila terbuka
apabila kenal syarat dan rukun diri
tak ada lagi jalan berliku
tak ada lagi duri dan ranjau
semuanya akan terbentang lapang
lalu berjalanlah di atasnya
untuk menemui-Nya
7
“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia
melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku”
(As-Zariyaat: 56)
Makhluk manusia dan jin
adalah hamba kepada-Nya
sebagai hamba ia hendaklah senantiasa patuh
sentiasa taat
jiwa dan raga
diserahkan kepada-Nya
Kenallah diri
kerana itulah jalan benar
lalu kenallah Dia.
Apabila kenal
maka tidak ada yang lain lagi
hanya Dia semata
sembah tunduklah kepada-Nya.
Sesungguhnya Dia tidak berhuruf
tidak bersuara
Dia bukan ain yang boleh diwajah-wajahkan
akal tak dapat menjangkau
dekat tidak bersentuhan
jauh tak berjarak oleh sempadan masa
lalu memohonlah petunjuk dan hidayah-Nya
supaya dibuka-Nya pintu khasyaf
maka mata kalbu pun dapat melihat-Nya
tidak ada lagi yang tersembunyi
tidak ada lagi yang terselindung
tidak ada lagi tabir
tidak ada lagi dinding.
Lihat, renung, tenunglah akan diri
gapailah rahsia tersembunyi
kerana tujuan-Nya mencipta manusia
untuk mengenal-Nya
sedang mengenal-Nya bukan jalan mudah
namun bukan mustahil
kerana demikianlah perintah-Nya
serta dengan kurniaan dan anugerah-Nya jua
yang lain tak ada sesiapapun
yang dapat membantu
yang dapat menunjukkan jalan
yang dapat menunjukkan denai
memberi alamat dan isyarat
untuk datang kepada-Nya
untuk menemui-Nya melainkan Dia
jika wajah-Nya zahir pada penglihatan
maka akan leburlah sifat mata
apabila zahir pada pendengaran
maka akan lenyaplah sifat telinga
apabila zahir pada keseluruhan diri
maka akan sirnalah seluruh diri
apabila zahir Ia atas sifat sekalian makhluk
maka akan lenyaplah sekalian alam
Sembah tidak hanya sembahyang
melainkan terkandung sama makna
mengenal akan Dia
iaitu asas utama dalam Islam.
Apabila kenal dan makrifat kepada-Nya
barulah sempurna segala
sembah sujud
berdiri kiam serta rokuk
ada erti dan membawa makna
mengabdikan diri kepada-Nya
umpama buah cantik diluar kulitnya
sempurna di dalam penuh isinya
umpama sungai yang terus mengalir
seperti lautan yang bergelombang
semacam langit dihiasi awan
laksana bumi yang subur dan makmur.
Kenalilah diri
kenalilah
disitu tersembunyi rahsia
rahsia yang maha rahsia.
Apabila penzahiran sifat wajah-Nya
di atas diri sebenar diri
di situlah dapat dilihat sifat wajah-Nya
terang nyata bagai jauhar
bagai mutiara bersinar
di langit gulita.
Tak usahlah mengambil syarat dan rukun yang lain
kerana itu adalah jalan yang jauh dan menjauhkan
daripada jalan sebenar dan benar
untuk mengenal-Nya
untuk melihat-Nya.
Cari bukan sesuatu yang di luar diri
lihat, pandang, renung, tenung
ke dalam diri dengan mata hati
kerana di situlah tersembunyi rahsia
wajah-Nya
“Aku adalah harta yang tersembunyi
dan sukalah Aku supaya dikenali.”
Dia meliputi segala pandangan
meliputi segala penglihatan.
Jangan terperangkap
jangan tersesat
dalam pelbagai syarat
dalam pelbagai rukun
dalam pelbagai jalan ibadat
dalam pelbagai zikir
sebelum menemui
syarat dan rukun diri.
Lihatlah kepada syarat dan rukun diri
apabila terbuka
apabila kenal syarat dan rukun diri
tak ada lagi jalan berliku
tak ada lagi duri dan ranjau
semuanya akan terbentang lapang
lalu berjalanlah di atasnya
untuk menemui-Nya