Penaja

31.7.13

R Hamzah Rakan Penyairku



Biarlah kebaikan meluluh yang kita bicarakan kerana itu akan membawa kebaikan pada tiap langkah dan pengucapan kita semua. Allahyarham R Hamzah Dua mempunyai ikatan teguh dengan negeri Sabah. Allahyarham juga tempat membuat rujukan awal untuk banyak perkara termasuk data base penulis dan juga pengalaman dan pengetahuan di arena ini. Sekarang beliau telah berpulang. Pengetahuan dan pengalamannya ikut dibawa pergi. Yang tinggal adalah karya-karya yang telah terbit dan akan terbit. Beliau telah berhijrah ke semenanjung beberapa tahun dulu. 

Dalam observasi saya, dan kesilapan ini kekadang boleh terjadi kurangnya ambil tahu dan perlindungan dari masyarakat penulis terhadap teman penulisnya, hanya ketika dalam berita sedih tersayap hatinya untuk berkata satu dua patah. Tapi selama hidupnya secara umum kita tidak memberi lapangan untuk berpijak supaya penulis/penyair dan seniman itu dapat berkongsi dan duduk berdailog atau membuka pintu kepadanya diikut sertakan dalam program-program sastera di negeri ini. 

Kita hanya mengingati penulis/penyair ketika mereka telah tiada. Apakah sejak kebelakangan ini pernahkah allahyarham dijemput ke negeri tumpah darahnya untuk memberikan ceramah atau majlis dailog dan bengkel? Perubahan sikap dan perubahaan secara berfikir di semua peringkat harus dibuat. Maju ke depan, kenapa harus berlinggar-linggar di tahun 50 dan 60 an, maju ke depan 70 an, 80 an dan seterus. 

Mereka hadir di waktu itu kerana memang mereka dah ada. ketika negara dah merdeka pintu terbuka kerana mereka juga orang kaki tangan kerajaan yang meraih benih awal kemerdekaan. Ada banyak perkara yang dapat dibuat, Dalam keluaran khas, majalah Wadah di Sabah dan majalah Sastera di Semenanjung, harus muka depan dan artikel tentang penglibatan allahyarham di dalam sastera budaya. Kedua harus dibuat abituary setiap sasterawan negeri ini di surat khabar setempat. Kerana abituary itu sebagai penghormatan kepada penulis/penyair. 

Dan harus ada tabungkebajikan penulis/penyair dll di negeri ini. Kalau belum ada harus ditubuhkan cepat. Tujuannya semua berupa kebajikan kepada penulis/penyair/pelukis/penari hanya menyebutkan beberapa nama saja.