Penaja

31.7.13

GAPAILAH CAHAYA ITU



Dua hari lalu ini, yang ku baca dari dinding Facebooknya. Aku sekedar beristirifar.

R Hamzah Dua
Ahad
Adakah patut seorang penyelenggara antologi cerpen, meminta rakan hantar cerpen untuk tujuan penerbitan, tiba-tiba dia gunakan nama dia sebagai penulis cerpen itu? Bukankah itu namanya mencuri hakcipta?

sebelumnya aku membaca puisi terakhirnya ini!

GAPAILAH CAHAYA ITU

Tak usah kaurenda mimpi
di kamar fatamorgana
bangkitlah dari gamitan lena
nyahkan pesona asyik
seribu goda membisik.

Kembali ke alam sedar
saat hari siang membenih
cahaya putih di taman kasih-Nya
gapailah cahaya itu cinta itu
jernihlah jasadmu.

28 Julai 2013.


Dinihari tadi aku mendapat tahu engkau telah kembali kepada kasih sang pencipta. Semoga dalam rahmatNya...Alfatehah untuk sahabatku R Hamzah Dua