Penaja

31.7.13

KAU SUDAH KEMBALI, ESOK KAMI PULA (buat Allahyarham R Hamzah Dua )

KAU SUDAH KEMBALI,
ESOK KAMI PULA
(buat Allahyarham R Hamzah Dua )

bila kubaca tulisan Azridah Ps Abadi,
tetiba mataku berkaca-kaca,
diantara percaya dengan tidak,
adakah benar kau sudah dipanggil Ilahi?
atau ter salah agak.
Maka, aku selusuri jejakinya
di mana ada warkah berbicara,
dari maklumat terkini,
saudaraku rupanya menghembuskan sisa nafasnya
terakhir semalam
akibat kemalangan di sebuah jalan.
MAKA terkuncilah semua muat nan sarat
janji Allah tidak boleh dimungkiri lagi
walau sedetik atau seminit,
yang pergi, mereka disemadi
tinggallah kita di 'alam dunia
menunggu jemputan Izrail ke hadirat hakiki.
Tidak ada apa-apa yang aku sedekahkan
kepadamu wahai saudaraku Hamzah,
kecuali sepatah doa yang diberkati;
Ya Allah...
sebagai sahabat dan saudaraku kasihi,
aku mohonkan keampunan darimu
dengan berkah bulan Ramadhan mulia,
tinggikanlah kedudukannya
di tempat terpuji,
bersama orang-orang
yang kau kasihi.
Ya Allah...
Aku mohon kepadaMu
istirehatkan rohnya
dengan sesenang para solehin
dan syuhada yang muqorobin.
Oh, Allah....
JanjiMU sangat-sangat kau tepati!
Amin.

31 Julai 2013
22 Ramdhan 1434