Anakandaku,
Sering terbayang menghiasi ruang mataku,
Raut manja wajahmu,
Senyum manismu,
Gelak tawamu,
Tutur kata sopanmu,
Gerak geri lembutmu,
Usikan mesra manjamu,
Semua terukir abadi sebagai memori terindah dalam hidupku,
Segalanya tinggal menjadi kenangan yang meruntun jiwaku.
Anakandaku,
Kehilanganmu menggegar seluruh jiwa ragaku,
Terasa semangatku lenyap dari tubuhku,
Terhenti degupan jantungku,
Tersekat alir nafasku,
Lemah longlai seluruh jasadku,
Mendesah perasaanku,
Menjerit hiba kalbuku,
Getaran badai melanda di segenap batinku,
Pergi sudah permata arjunaku,
Hilang sudah harapan jiwaku.
Anakandaku,
Kenangan bersama bermain dalam tidur dan jagaku,
Terkunci indah dalam lipatan sejarahku,
Mengekori setiap jejak langkahku,
Sepinya ruang waktu duniaku,
Tanpamu menemani perjalanan hidupku,
Damailah sayang anakku,
Bahagialah kasih nyawaku,
Syurga mahligaimu nantikan daku.
Elyna Hasnulnawi
Isnin, 29.7.13 (20 Ramadhan 1434)
9.42 pagi.