Penaja

4.10.12

TERLERAI SUDAH SEBUAH IKATAN...


Ingin aku menahan perjalananmu
tapi aku tahu aku tiada kemampuan untuk menghalangnya..
Apa yg berlaku bukalah kehendak aku
Tapi dah tersurat apa yg tertulis...

AKU TAHU...
Agak sukar untuk aku terima kenyaaan ini
air mataku berderai bagikan air hujan menyembah bumi di kala kau melafaskan kata putus untuk melepaskan aku...
Kerana egoku, kuturutkan walaupun hati ini berat ingin melepaskan..

AKU TAHU...
kau pun terluka sepertiku
Kau kecewa sepertiku jugak
Hati kau hancur sepertiku jugak..Tapi semuanya sudah terlambat
Kerana permainan ciptaan kau telah memakan diri sendiri..
telah menghancurkan mahligai yg terbina 11 tahun...

AKU TAHU...
kau menangis pada hari tu
aku pun tahu timbul penyesalan dalam dirimu
Tapi sudah terlambat...
kau telah rampas kepercayaanku
kau telah hancurkan hati...

Kadangkala aku benci mengakuinya
walaaupun kita sudah berpisah
hatiku tetap ingat pada kau
aku selalu bertanya dalam hati
"ADAKAH KAU INGAT PADAKU"..

Aku pasrah dengan ketentuan Ilahi..
Walaupun kini hanya ada bayanganmu
bayangmu yang selalu hadir di depanku
menghadirkan kenangan suka duka
Kenangan yang tidak mungkin kulupa
seakan terpatri di hatiku....

AKU DOA DIA TEMUI APA YG DICARI DALAM KEHIDUPAN INI..
AKU AKAN TERUSKAN HIDUP INI SELAGI BERNYAWA..
PuspaFm
 

ANDAI KU KEMBALI


Suria pasti kan menyinar lagi
Walaupun mendung menyelubungi
Itulah petanda harapan menjelma kembali
Menikmati segala kurniaan Ilahi

Bagaimanakah pula Si HAMBA ini
Segalanya tidak akan pasti
Apakah mampu mengecapi lagi
Segala kenikmatan kurniaan Ilahi

Nikmat memandang ku relakan pergi
Nikmat dunaiwi tidak ku hiraukan lagi
Segalanya sudah dirasa tiada bererti
Sekiranya perasaan kasih dan sayang tiada lagi

Kasih dan sayang kekuatan diri
Untuk menjalani sisa kehidupan ini
Tanpanya bererti matilah DIRI
Umpama Jasad berdiri ..JIWAnya mati

Wahai insan dimuka bumi
Peliharalah perasaan kasih dan sayang ini
Kekalkan ia sebagai intipati
Menjalin perhubungan yang kekal dan abadi

Andainya ku pulang kembali
Mengadap pada Ya Rabbi
Hadiahkanlah fatihah pada roh ku nanti
Atas dasar kasih dan sayang yang kita jalani

++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++
Mohd Uzir
  PuspaFm

TERKUBUR RINDU


Setiap langkah kaki terarah
Bagai terus ditusuk sembilu
Tetap digagah walaupun parah
Hingga sampai kehujung waktu

Merangkak dipalu bertalu-talu
Rebah bangun menahan rindu
Setia menanti kapankan bertemu
Jalan pengakhiran buat diriku

Cuba dibunuh perasaan rindu
Namun masih tidak termampu
Tiada kata terkunci membisu
Terpendam beku di dalam kalbu

Kesepian melanda ditinggal begitu
Tanpa dirujuk satu persatu
Terhukumlah diri tanpa restu
Tiada pembelaan mampu diaju

Kesepian ditemani manik syahdu
Berguguran terus satu persatu
Tanpa dipinta jadi begitu
Terlerailah kasih tanpa kerelaanku

Terlerai kasih begitu syahdu
Pengakhiran kalam di hujung nyawaku
Usah dikenang biarlah berlalu
Segalanya terkubur bersama rindu
Mohd Uzir
PuspaFM

++++Nukilan Kasih: Di Hujung Nyawa++++

LUAHAN HATI


Saat ini kusendiri....
meniti hari merajut harapan yang tak pasti
kulangkahkan kakiku....
menyusuri ranjau kehidupan yang penuh berliku

Ada rindu di kala hatiku mengingatimu
ada lintasan senyummu di saat ku memimpikanmu
ada bayang wajahmu di saat kulayangkan lamunanku
ada terdengar suaramu dalam setiap igauanku

Andai dirimu tahu perasaanku
kata hatiku....
betapa daku menyayangimu
betapa daku mencintaimu
dan betapa daku merinduimu

Adakah kau tahu....
duniaku seakan mati
bila dirimu tiada lagi di sisi
seperti pagi tanpa hadirnya sinar mentari

Evy Afendy
Tanah Merah, Kelantan
PuspaFm

MEMORI RINDUKU...



Dalam hati ini masih ada rindu
Diriku sepi tanpa cinta
Menciptakan musim rindu dalam hidupku
Inilah takdir cinta

Untuk berbicara denganmu
Aku menjadi kelu... bisu...
Bagaimana untuk aku ertikan rindu ini?
Menyampaikan sepatah kata rindu yang bersemi

Ku renung potret lakaran kasih kita
Disaat cinta kita bersemi
Kalimah cintamu mendayu dipendengaranku
Tapi cumalah ungkapan kristal berbunga batu
Mujurlah aku bukan seorang dendam pencinta

Cinta kau dan aku
Kan menjadi rahsia hatiku
Dan biarkan ia berlalu
Berlalu menjadi sebuah memori
Yang menghadirkan sejuta rasa dalam hidup ini...

Akimiashaily Fully Marbulie (aily)
Tanah Merah, Kelantan
PuspaFm

KASIH TERLERAI


Remuk redam jiwa tersiksa
Kasih yang dibena terlerai jua
Hancur berderai tak mampu dibina
Terkubur kebahagian buat selama-lamanya

Tergamak sungguh kau buat begini
Kau persiakan diriku tidak dihargai
Segala pengorbanan ku sudah kau lupai
Angkara Si Dia musnahlah kebahagian ku ini

Segala janji mu telah kau mungkiri
Ingin bersamaku sehidup semati
Kini hanya tinggal segala janji
Hilang kepercayaanku hingga kemati

Usahlah kau rayu pada diriku ini
Pintu kasih ku tertutup kini
Tak akan ku izinkan kau mengetuk lagi
Kerana ku tak sanggup merana lagi

Hati yang hancur cuba ku ubati
Walaupun bisa tetap ku gagahi
Ku bermohon pada-MU wahai Ilahi
Agar ku bisa menapak kembali

Berkat kesabaran itulah kunci
Dalam menghadapi kehidupan ini
Suria kebahagian pasti kan muncul lagi
Itulah harapanku pada-Mu Ya Rabbi....
Mohd Uzir
PuspaFm


++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

Puisi PuspaFm


PERTANDINGAN MENCIPTA PUISI/SAJAK DI RADIO PUSPAFM

★TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERMINAT★

BERMULA DARI 02/10/2012
---------------------------------------

★Ciptaan Terbaik Akan Mendapat Hadiah Berupa RELOAD★

➳♥Pertama -RM100

➳♥KEDUA -RM50

➳♥KETIGA -RM30

➳♥SAGUHATI -RM10 [5 ORG]

SYARAT PENYERTAAN MUDAH SAHAJA:-

➳♥CIPTAAN ADALAH ASLI TANPA MENIRU/COPY PASTE DARI MANA-MANA SUMBER.

➳♥JIKA PIHAK KAMI MENDAPATI ANDA TIDAK MENGIKUTI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN,TANPA SEGAN SILU KAMI AKAN MENOLAK PUISI/SAJAK ANDA DENGAN SERTA MERTA.

☞PUISI AKAN DI BACA KETIKA DJ BERKEUDARA

☞PEMENANG AKAN DI BERI KEPUTUSAN PADA 6/10/2012-

☞SELAIN ITU PUISI/SAJAK AKAN DI JUDGE/DINILAI OLEH SPECIAL JURI DALAM BIDANG INI.

★SILA HANTARKAN PUISI/SAJAK ANDA DI RUANGAN INI★

★UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT SILA JOIN KAMI DI SINI:-

DeeJay Alan Tam Selagi Termampu- Akan Membuka Tirai Pertandingan- Pertandingan Akan berlangsung selama 5 Hari, Keputusan akan di beri Pada 6-10-2012.
Dan HADIAH akan di serahkan pada 7-10-2012-
PARA PEMENANG HARUSLAH NYATAKAN KEPADA PIHAK PENGANJUR LALUAN TALIAN MEREKA PADA 6-10-2012
SEKIAN TERIMA KASIH.

★UNTUK MENDENGAR RADIO PUSPAFM★
Stream URL: http://radio.puspafm.net:8000/listen.pls
Stream ICQ: http://www.LepakChat.org/
Stream AIM: http://www.mesrachat.net/

██▓▒░SEGALA KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD░▒▓██

║█║▌║█║▌│║▌║▌█║║▌║║▌│█║

ORIGINAL BY ADMIN PUSPAFM

PERJUANGANKU




Hari ini
kamarku sepi..tidak seperti semalam
Aku ditemani machine dan wayar-wayar
Yang menahan diriku dari terus bergerak bebas
Dalam kesamaran, kulihat teman-teman berwajah sayu.
Missy mengucup dahiku bagai tidak mahu melepaskan
memeluk tubuhku dalam tanggisan
mereke ditarik keluar berlalu pergi
Aku menjerit memanggilnya kembali
Tiada siapa yang mendengar rintihan hati
Badanku terasa berat..tak bisa kugerakkan
Semuanya jadi kaku .
Apakah mereka tidak mendengar jeritanku
Apakah aku sudah mati?

Doaku,
Andainya aku menang dalam perjuangan ini
jika sempat berjumpa dengan ibuku,
ingin aku memohon agar diampunkan salah-silapku,
kerana menyembunyikanmu darinya,
Andai aku tewas dan Tuhan menjemputku kerana tiba masanya
Siapalah aku melawan tadir-Nya…
Hatiku terusan menyebut kalimah Allah,
pemandanganku semakin kabur..
semuanya hilang... semunya rasa terhapus
Ampunilah aku ya Allah!!
 

20.9.12

Yang Tertulis dan Terlukis


Ada yang sudah tertulis,
Menari-nari antara garis,

Ada yang sudah terlukis,
Berwarna-warni dan jernih,

Hamparkan aku permaidani terpilih,
Biar senang aku memilih.
 

Kelompok dalam sastera


Oleh ZAINAL ABDUL KADIR

TULISAN Ku Seman Ku Hussain Belasungkawa Zahari Hasib: Penyair yang terpinggir" (Mingguan Malaysia, 4 Mac 2012), membuahkan pelbagai persoalan. Antaranya, benarkah ada kelompok dalam sastera? Atau dalam bahasa yang agak kasar, benarkah ada kasta dalam sastera?

Ku Seman menyatakan, Allahyarham Zahari Hasib tidak pernah ditonjolkan sebagai salah seorang penyair yang kita miliki. Dia penyair agak terpinggir. Benarkah demikian?

Apatah lagi ditambah lagi dengan kenyataan berikut: Ada sesetengah pihak menganggap puisi Zahari tidak ada nilai. Kata mereka, bahasanya terus terang, tidak mendalam dan nipis pemikiran.

Jika disusur sejarah Zahari Hasib sebagai penulis, sebuah sajak Zahari bertajuk Pelita telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia. Sehubungan itu, ini menyokong pandangan Ku Seman yang menyatakan bahawa dia seorang yang sangat memerhati kemudian dipindahkan menjadi puisi dengan suntikan pemikiran dan kritikan. Maknanya puisi-puisi yang dihasilkan oleh Zahari mempunyai nilai estetika dan falsafah seperti yang dikehendaki oleh panel hadiah sastera.

Justeru, adakah keterpinggirannya dalam peta puisi Malaysia membuat Zahari merajuk membawa diri ke Teluk Intan? Sedangkan di Kuala Lumpur adalah tempat nadi penulis atau penyair mengembangkan bakat. Ini adalah andaian semata namun mungkin menepati pandangan Ku Seman yang menyatakan bahawa Zahari sangat sedar duduknya dalam dunia puisi, kerana itu tidak pernah diluah keterpinggirannya dalam peta puisi Malaysia.

Apakah nasib Zahari Hasib ini boleh disamakan dengan nasib penulis Allahyarham Azizi Hj. Abdullah? Sehingga ke akhir hayat, Anugerah Sasterawan Negara tidak diberikan kepada Azizi. Apakah Azizi juga disenaraikan dalam kelompok dalam sastera? Dengan memenangi pelbagai hadiah dan anugerah yang diiktiraf oleh negara ini dan negara luar, apakah kehebatan Azizi dinafikan kerana kecenderungan politiknya yang berbeza?

Seperti kata Zainal Rashid Ahmad dalam tulisannya "Pulangnya seorang sasterawan rakyat" (Mingguan Malaysia, 28 Ogos 2011), Azizi Hj. Abdullah akan sentiasa dikenang sebagai sasterawan besar, meskipun tidak menerima Anugerah Sasterawan Negara. Sejarah membuktikan, kehebatan seorang sasterawan sejati bukan terletak pada anugerah - namun sebaliknya, sejauh mana karya-karyanya mampu terus "hidup" merentas zaman ke zaman. Malah tambah Zainal Rashid Ahmad lagi, zaman dan bangsa ini, saya rasa tidak mungkin lagi mampu melahirkan sasterawan-sasterawan besar, dan Azizi antara susuk tubuh yang dipinjamkan Allah pada bangsa ini untuk menjadi sebahagian dari nadi perjalanan sastera bangsa.

Begitu juga dengan anugerah sasterawan negara yang masih tidak diberikan pada wanita? Apakah wanita juga termasuk kelompok dalam sastera? Walhal terdapat sebaris nama penulis wanita yang sudah diiktiraf oleh hadiah dan anugerah. Nama-nama seperti Siti Zainon Ismail, Adibah Amin, Zaharah Nawawi, Azmah Nordin, Zurinah Hassan, Khadijah Hashim adalah penulis wanita yang telah menerima Anugerah S.E.A Write Awards.

Sebagai contoh, penulis Siti Zainon Ismail. Beliau seorang sasterawan, budayawan, seniman, penyair, pelukis dan ahli akademik yang prolifik. Senarai penerbitan buku-buku beliau mencakupi karya kreatif, ilmiah, budaya, sudah cukup menjelaskan bahawa Siti Zainon adalah seorang seniman yang mencintai seni.

Pengiktirafan yang diterima oleh Siti Zainon bukan sahaja di dalam negara, malah luar negara turut menghargai sumbangan beliau. Siti Zainon pernah menerima anugerah Gelar Cut Nyak Fakinah (Lembaga Adat Aceh) dan Profesor Luar Biasa (Universitas Jabal Ghafur).

Malah jika diperhatikan, penulis di negara kita banyak didominasi oleh penulis wanita. Ini amat ketara pada pesta / pameran buku yang dianjurkan, buku-buku yang dipamerkan terdiri daripada penulis wanita. Trend terkini pula buku-buku karya kreatif (khususnya novel) yang laku (best seller) di pasaran adalah buku-buku yang ditulis oleh wanita.

BersaingFenomena mengadaptasi buku novel ke filem seperti Ombak Rindu telah melonjakkan jualan novel-novel cinta di pasaran. Novel-novel cinta yang lain turut merasai tempias Ombak Rindu. Ini satu perkembangan yang sihat dan mendorong penulis wanita bersaing secara baik. Jika dilihat senarai novel yang terlaris yang dikeluarkan oleh penerbit melalui Internet atau di poster yang ditampal di kedai-kedai buku ternama, nama penulis wanita yang banyak tersenarai.

Demikian juga pada majlis acara sastera khususnya deklamasi puisi. Apakah majlis acara sastera turut termasuk kelompok dalam sastera? Jika diteliti, pada majlis acara sastera, hanya nama-nama yang dipilih menghadirinya. Sebagai contoh, jika majlis itu dianjurkan oleh pihak A, para penonton sudah mengetahui siapakah penulis atau sasterawan yang akan hadir. Yang jelas antara pihak A dan pihak B, semacam sudah dikelompokkan siapakah penulis dan sasterawan yang patut dijemput. Benarkah dalam kalangan penulis dan sasterawan wujud golongan elit, intelek dan marhaen?

Apakah kelompok dalam sastera ini merupakan satu virus yang memang sudah lama ada dan diwarisi turun temurun? Adalah amat malang jika virus ini terus merebak, kelompok dalam sastera akan menjadi anutan dan fahaman setiap penulis. Fahaman ini akan membina perasaan yang boleh merosakkan minda setiap penulis dan sasterawan. Secara tidak langsung jurang pemikiran di kalangan penulis dan sasterawan akan terpecah-pecah kerana kelompok dalam sastera ini. Apakah dalam sastera juga perlu ada tranformasi minda?

Justeru, apakah dengan adanya kelompok dalam sastera bermakna adanya ketidakjujuran dan ketidaktelusan dalam dunia sastera? Andaian ini bukan menuduh mana-mana pihak kerana tanpa bukti yang kukuh ia akan dianggap omong-omong kosong sahaja.

Jika diamati secara teliti tulisan Ku Seman, memang dapat dikesan terdapat kelompok dalam sastera. Ku Seman menyatakan secara berlapik supaya pembaca berfikir dan mencari bahawa budaya memperlekehkan pemikiran seseorang harus dibuang daripada mentaliti seorang penulis dan sasterawan khususnya penulis dan sasterawan yang berilmu dan beriman.

Ini dapat dikesan pada ayat: Ada sesetengah pihak menganggap puisi Zahari tidak ada nilai. Di Malaysia, budaya mempelekehkan orang semacam sudah menjadi darah daging dan ia berlaku dalam semua situasi. Setiap penulis dan sasterawan ada kelebihan masing-masing. Samada kecil atau besar pemikiran yang ingin disampaikan oleh penulis, 'kelompok dalam sastera' tidak akan mematahkan semangat penulis dan sasterawan untuk menghasilkan karya yang bermutu.

Namun begitu, kita tidak mahu kerana kelompok dalam sastera ini, kita akan merasa terkilan apabila permata berharga dalam sastera pulang ke negeri abadi dan kita menyimpan sesalan yang berpanjangan. Dalam sastera, kita mahu memiliki karya agung yang menjadi khazanah sastera bangsa dan negara.

Permintaan


Buat kau yang pernah aku panggil cinta,
di sini aku datang,
duduk melutut
memohon
meminta
agar kau pulangkan kembali hati yang pernah aku beri dahulu

Aku datang,
penuh hormat,
penuh hina
memulangkan kembali sisa hati mu
yang masih ada padaku
setelah kau ragut kembali hati yang pernah kau beri padaku dahulu

Sisa hatimu ini juga
sudah membusuk,
sudah tidak sudi
sudah tidak mahu lagi dia kepada aku

Buat kau yang pernah aku panggil cinta,
pulangkanlah kembali hati aku
walau bukan dengan penuh hemah
biarlah aku yang datang menyembah
meminta hati ku yang sudah hampir tidak bernyawa
yang sudah buruk penuh parut dan luka
hati aku yang sudah lelah

Walau dulu
kau yang datang dengan penuh cinta
penuh suka
meminta hatiku untuk kau jaga
Biarlah aku melutut di sini,
memujuk meminta hati aku kembali

Wahai engkau yang pernah aku panggil cinta
Pulangkanlah kembali hatiku
biar aku rawat lukanya,
biar aku hilangkan parutnya

Kerana
Tidak aku mampu hidup tanpa hati
untuk aku pergi mencari
Cinta Tuhanku yang lebih abadi.

.