Penaja

4.10.12

Pergi tak kembali


Nama Pena : perindu kesepian

....الله اكبر،الله اكبر، الله اكبر..لا اله الاالله، الله اكبر. الله اكبر والله الهمد

syahdu hati ini mendengar kalimah suci dimalam syawal.malam yang sekian lama dinanti oleh segenap umat islam seluruh dunia, sama seperti diriku ingin dirai kemenangan syawal ini dengan kegembiraan setelah berjuang di medan ramadan.ku syukuri rahmat Ilahi, tidak sampai setahun bahtera perkahwinan dilayarkan kini bakal diisi nakhoda yang menanti cukup pengiraan si rembulan..apa yang menggembirakan syawal tahun ini tatkala aku disahkan hamil,syukur dipanjatkan pada maha Pencipta.hari demi ahri ku lalui dengan penuh hati-hati,suami menjadi semakin sayang keluarga semakin perhatian kepadaku.almaklumlah ini anak sulung jua cucu sulung dalam keluargaku.bulan-bulan awal kehamilan ku jalani dengan ketenangan,memandangkan suamiku seorang ahli perniagaan dan kesibukan urusan hariannya melewatkan diriku untuk membuat pemeriksaan lanjutan di klinik kerajaan.setelan kandungan mencecah bulan ke5 barulah diperiksa.aku dinasihatkan doctor untuk membuat temujanji sekurang-kurangnya 2kali sebulan untuk memeriksa janin diperutku.aku akur kerana itu yang terbaik untuk diriku dan yang lebih utama untuk si kecil yang kusayang.

<

segalanya kujalani dengan sempurna hari berganti hari bulan demi bulan jua berganti, naluri keibuan semakin menebal di jiwaku..perasaan ingin tahu telah membawaku bersama suami tercinta untuk melakukan pemeriksaan jantina bayiku,ini kulakukan setelah pemeriksaan di klinik kerajaan cuma dapat mempamirkan bahagian kepala bayiku,jua atas saranan doctor itu supaya lebih jelas gambaran bayi dalam kandungan eloklah dilakukan di tempat yang dikhususkan untuknya.setelah membuat imbasan barulah diketahui jantina bayiku adalah seorang putera.suamiku amat gembira mendengar hasil imbasan yang dilakukan.bagiku,kuterima dengan penuh syukur pabila zuriatku ini dilahirkan sehat serta normal seperti bayi-bayi lain.khabar ku kirim kepada keluarga tersayang,semuanya menyambut gembira syukur pada yang Esa..

<

kini ramadhan menjelang tiba, kujalani ibadah ini semampuku, kesian jua pada si kesil dalam kandungan ini kerna turut berpuasa seperti mamanya..naluri keibuan semakin menebal dijiwaku..setiap kali suami bawa berjalan akan ku lewati barang-barang keperluan bayi yang menjadi kewajipan bagiku kerana tak sabar nak ku hitung akhir penantian ini,jangkanya akan kulahirkan bayi ini semasa november2009 menjelma.fikiranku menjadi jauh melayang,benakku sarat dengan angan-angan bersama bayiku,..sempat kulayangkan persoalan kepada suamiku, apa yang akan si kecil ini teriakkan padaku disaat ia perlukanku..ibu? mak? ummi? mama? suamiku hanya tersenyum melihat gelagatku sambil memberi ciuman kasih didahiku.lamunanku menjadi semakin indah hari demi hari,ku usap perutku setiap waktu,ku bisikkan kata-kata indah pada bayiku, teramat sayang padamu wahai anakku..

<

tiga hari lagi ramadhan akan melabuhkan tirainya,kandunganku pula sudah masuk bulan ke7.orang tua-tua berpesan pada usia kandungan masuk bulan ke7 perlu lebih hati-hati,kerana si kecil boleh keluar pada usia begini.ku ingati kata-kata itu,langkah ku atur lebih waspada,takut perkara tak diingi berlaku..namun yang maha Kuasa lebih tahu percaturannya..seperti hari-hari lain yang kulalui, semuanya indah diwaktu pagi,ku sangka panas sampai ke petang rupanya sang hujan singgah di petang hari..tatkala aku merehatkan diri di peraduanku, tiba-tiba kurasa sesuatu keluar dari tempat dimana akan kulahirkan zuriatku..takut!cemas! kuberanikan diri melihat apakah itu..semakin kucuba berdiri semakin banyak ia keluar,dengan keaadaan cemas ku jerit memanggil ibuku..ku adaukan apa yang berlaku, dengan pantas ibu menjawab'air ketuban dah pecah! seiring kata-kata itu air mataku menitis kepipi.kini yang ada dibenakku cuma bayiku..anakku,kenapa,mengapa ia terjadi..aku takut seandainya aku terpaksa melahirkan bayi pramatang..ya ALLAH..selamatkanlah anakku,gantikan ia dengan nyawaku andai itu terbaik untuknya..doaku tak putus untuk insan istemewa di perutku ini..aku di hantar ke hospital pada masa itu juga oleh ibu dan abangku,arakian suami bekrja agak jauh ketika itu untuk masa depan keluarga kurelakn walau terpaksa.

<

wanita mana tidak sedih,tatkala suami jauh disaat amat memerlukan,apatah lagi aku kini bersama bayiku dalam keaadaan genting.syukurla suamiku dapat pulang disaat mendengar berita keadaanku sebegini.setibanya di hospital aku diperiksa, "dah terbuka 2cm kata doctor kepadaku..aku ditahan di ward untuk pemeriksaan lanjut,takut-takut bayiku akan keluar awal,docter memberiku suntikan untuk kekuatan bayi dalam kandungan kerana sekiranya ia dilahirkan peluangnya hanya50-50 khabar doctor padaku.memandangkan usia kandungan baru mencecah 7bulan pembentukkan organ dalamanya belum begitu sempurna jelas docter lagi kepadaku dan suami untuk menerima dengan redha seandainya terjadi perkara tak diingini kelak.sekali lagi airmata membasahi pipiku..sayu ku sambut penjelasan itu..SubhanALLAH..

<

aku ditahan 3hari diward,keadaan semakin baik.aku meminta izin untuk pulang kerana ingin menyambut syawal yang tinggal 1hari lagi bersama keluarga.pintaku diizinkan,aku gembira..padaku semuanya sudah kembali normal.malam raya kini menjelma..suara takbir,keriuhan anak-anak kecil jua bunyi mercun amat menggembirakan hatiku..sedang aku asyik dalam lamunan,tiba-tiba perutku terasa sakit..semakin ku biar semakin sakit berselang-selang tiap 5minit sakitnya,ku diamkan sahaja.fikirku ia kerana tendangan bayiku,tetapi rasa sakitnya tak seperti tendangan biasa yang kurasa di perutku.ku adukan pada suamiku,sakit semakin kuat kurasa hinggakan mahu berjalan pun tidak berdaya..kali ini aku dihantar ambulance ke hospital dan terus diperiksa doctor,katanya jalan untuk baby keluar dah terbuka 6cm..aku semakin takut,kemudian aku dihantar ke ward bersalin..setelah puas kutahan sakit ini akhirnya aku selamat melahikan zuriatku seorang putera dengan selamat pada 2.40pagi 01 syawal 1430h..alhamdulillah anakku lahir di pagi raya,taksampai 1minit aku melihat zuriatku telahpun di bawa keluar jururawat untuk dibersihkan,dan diazankn oleh suamiku.oleh kerana anakku pramatang ia di letakkan di bawah jagaan doctor di NICU iatu unit jagaan rapi bagi kes-kes sepertiku.

<<<<

pagi syawal disambut gembira,zuriatku selamat lahir ke dunia..hari raya ketiga aku dibenarkan pulang tapi bayiku terpaksa ditahan kerana kondisinya masih belum stabil.airmataku menitis untuk sekian kalinya..yang dapat kubawa pulang hanyalah hamper pemberian pihak hospital sebagai ucapan tahniah atas kelahiran anakku di pagi syawal.tiada tenang kurasa,rindu membara yang ada jua..manakan sanggup seorang ibu membiarkan anakkny jauh darinya setelah dua nadi berdenyut dalam tubuh yang sama.walaupun sakit melahirkan masih terasa demi anakku MOHAMMAD ZULDANISH FITRI,ku gagahi setiap langkahku..setiap hari akan ku jalani dengan melawatnya di NICU,walapun tidak boleh lama,aku redha asalkan anakku cepat sehat..begitula yang kulalui..hinggalah hari ke12 anakku didunia.Jumaat 02/10/2009 hari penuh makna..petang itu ketika melawat anakku Danish..buat PERTAMA kali dalam hidupku menukarkan pampers anakku,kulakukan dengan penuh teliti bersama suamiku kerana anakku masih kecil takut jika menyakitinya..kubawakn jua air susu dari tubuhku untuknya,biarpun sakit kerana usia kandungan baru 7bulan air susuku masih belum banyak tapi ku usahakan jua untuk kesihatan anakku.sakitku bagaikan hilang tiap kali menatap wajah comel anakku..

<

jumaat itu ku lalui dengan penuh bermakna..doaku tidak putus-putus untuk kesejahteraan anakku.siapa sangka,siapa menduga keadaan berubah tanpa ku pinta,nyata dalam pandangan anakku semakin beransuh sihat tetapi panggilan telifon 11.40malam merubah segala.aku dan suami dipinta datang segera ke hospital kerana keadaan anakku yang membimbangkan,sekali lagi airmata gugur sendirinya..setibanya aku di NICU, doctor bertugas sepenuh usaha menyelamatkan anakku..setelah berapa ketika mereka berusaha menyelamatkan anakku, suatu unkapan yang tak akan ku lupa "JANTUNGNNY SUDAH BERHENTI JAM 12.40pagi" ungkapan doctor cukup menggoncang seluruhjiwa ragaku..bagai terpisah nyawa dari badan kurasa..YA ALLAH,mengapa anakku yang kau ambil..bukan nyawaku???!

kulangkah kaki yang longlai menghampiri tubuh kecil yang terbaring dingin,sejuk,kaku di atas katil kecilnya..sejuk tubuh anakku,airmata kini sudah membasahi bumi,kukucup dahi lembutnya seluruh tubuhku menggigil,suamiku cuba menenangkanku..tapi MOHD ZULDANISH FITRI dah tiada, apa lagi yang dapat meradakan hatiku kini...SUBHANALLAH..telah kau berikan anugerah terindah padaku,kini kau menariknya kembali..MENAGAPA YA RABBI,???

<

hanya ALLAH yang tahu perasaanku,hanya sang ibu yang tahu betapa hebat nilai cintanya ke atas setiap anak-anakya.Jenazah anakku di uruskan keesokkan paginya.airmataku tak henti mengalir,kini dalam seumur hidupku aku menjejakkan kaki ke rumah mayat...Menanti jenazah anakku dimandi dah dikafankan..aku kuatkan diri melihat anakku dimandikan oleh suamiku,wajah comel itu seakan tersenyum,tenang air wajahnya,harum baunya..hingga kini dapat kurasa.


YA ALLAH,MENGAPA TAK KAU IZINKAN AKU MENDUKUNG BAYIKU SEMASA HAYATNYA,TAK KAU SEMPATKAN AKU MENDENGAR PANGGILAN MAMA DARINYA,TAK KAU BERIKANKU PELUANG MENYUSUKANaNYA..MENGAPA YA ALLAH...???


sepanjang perjalanan ke tanah perkuburan aku menangisi pemergiannya.buat PERTAMA kali aku dapat mendakap anakku.TAPI SETELAH IA TIADAK BERNYAWA..ku dakap erat jenazah anakku dalam dukunganku.kubisik kepadanya kalimah indah cintaku kepadanya..setibanya di pengisterihatannya terakhir,sempat si penggali kubur berpesan padaku "JANGAN DITANGISI PEMERGIANNYA,TELAH TERTULIS PERJALANNYA ABADI DI SYURGA..ku terima kata-kata ini biarpun airmata masih mengalir.sebelum jenazah anakku disemadikan sempat kusisipkan photo aku bersama suami di balutan putih tubuh kecil anakku..sempat jua ku ambil bekas-bekas kain putih itu yang dipotong untuk kusimpan sebagai pengubat rindu.

<

kini..HANYA botol susu serta kain putih , yang menjadi peninggalan anakku untuk aku mencium harumnya..jika kini terlihat lilitan kainputih di tanganku,itulah kain yang separuhnya telah bersama anakku dipusaranya..botol susu yang masih berisi susu pada 03/10/09 hari terkhir anakku didunia hingga hari ini 24/10/09 masih tersimpan kuletakkan di peraduanku sebagai pengubat rindu terhadapnya..SESUNGGUHnya inilah coretan BENAR hidupku hingga yang kulalui pada hari ini..anakku pulang pada penciptanya.sedangkan aku masih menghitung hari dalam berpantang' tanpa kehadirannya.

SESUNGGUHNYA inilah diriku,tatkala ku coretkan kisah kehidupan ini,bersamanya jua air mata buat sekian kalinya menemaniku, inilah aku "perindu kesepian..mungkinkah aku perindu kematian?? anakku, pergimu tak kembali...