Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus
duduk berehat di sofa sambil melepaskan penat sehingga terasa sangat
malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara itu
anak-anak dan isteriku sedang berkumpul di ruang tamu. Dalam keletihan
tersebut, aku disegarkan oleh angin dingin yang menghembus tepat ke
mukaku. Selang beberapa lama seorang tua yang tidak nampak mukanya
berjubah putih dengan tongkat di tangannya tiba-tiba sudah berdiri di
hadapanku.
Aku sangat terkejut dengan
kedatangannya yang tiba-tiba itu. Sebelum sempat aku bertanya, tiba-tiba
dadaku terasa sesak dan sukar untuk bernafas, namun aku berusaha untuk
menghirup udara seperti biasa. Aku rasakan pada waktu itu ada sesuatu
yang berjalan perlahan dari kaki hingga ke dadaku dan terus ke
kerongkongku. Amat sakit dan perit rasanya sehingga terkeluar air
mataku.
Oh Tuhan apakah yang telah berlaku pada diriku ?! Dalam
keadaan yang masih sukar bernafas, benda yang terasa berjalan tadi terus
memaksa untuk keluar dari tubuhku. Kerongkongku berbunyi dan kesakitan
itu seakan-akan membunuhku. Aku seolah-olah tidak mampu untuk menahan
paksaannya. Badanku gementar dan peluh keringat meluncur deras dengan
mataku terbeliak bersama air mataku mengalir seolah-olah tidak mahu
berhenti. Tangan dan kakiku kejang setelah benda itu meninggalkan
tubuhku. Aku hanya mampu melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri
itu pergi dan berlalu begitu saja dan terus hilang dari pandangan.
Namun
selepas itu aku merasa jauh lebih ringan, sihat, segar, cerah dan tidak
seperti biasanya kepenatan. Aku kehairanan melihat isteri dan
anak-anakku yang berada di ruang tamu, tiba-tiba terkejut berlari ke
arahku.. Di situ aku melihat ada sekujur tubuh kaku berada di atas sofa
yang kududuki setiba balik dari pejabat tadi. Badannya dingin dan
kulitnya pucat membiru.
Siapa dia... ?! Mengapakah anak-anak dan
isteriku memeluknya sambil menangis sambil menjerit seolah-olah terkena
histeria bagaikan tidak mahu melepaskan tubuh yang terbujur tadi.
Siapakah dia?! Betapa terkejutnya aku ketika tubuhnya dibalikkan.
Wajahnya mirip wajahku. Ya Allah...! Apakah sebenarnya semua ini ?!
Aku
cuba untuk menarik tangan isteriku tapi tidak mampu. Aku cuba pula
untuk merangkul anak-anakku tapi tidak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau
itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini. Aku mula
berteriak sekuat-kuatnya tetapi mereka macam tidak mendengar jeritanku.
atau pun melihatku. Dan mereka terus-menerus menangis. Dan kini kusedar
bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Rupa-rupanya aku
telah mati…!!! Aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka dan tidak
kuasa aku menangis atau berteriak. Aku tidak tahan melihat mereka
menangisi mayatku.
Aku begitu sedih kerana selama hidupku belum
banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang
telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku untuk bersama-sama
mereka telah habis dan masaku untuk semua itu telah terlewat. Aku sudah
ke hadrat-Nya pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian
bekerja mencari rezeki untuk menyara mereka di bawah jagaanku.
Sesungguhnya, jika aku tahu aku akan mati, aku akan membahagikan waktu
bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dan lain-lain.
Kini,
aku menyesal, aku lambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum
bersolat. Ya Allah, JIKA Engkau inginkan keadaanku masih hidup dan masih
boleh membaca emel ini, sungguh bahagia sekali kerana aku MASIH
mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa dan berbuat
kebajikan sehingga apa,bila maut menjemputku kelak aku telah berada
dalam keadaan yang lebih bersedia. aku
Wahai sahabat sekalian,
sebarkan bingkisan dakwah ini kepada rakan-rakan kita yang lain dengan
ikhlas selagi masih ada kesempatan untuk saling menasihati dalam
kebenaran dan beramal salih. Jika ini dilakukan, insya-Allah akan
menuai kebaikan.
Mari kita berlumba-lumba dalam mengerjakan kebajikan.
Wallahu a'lam.