Penaja

12.12.12

Nukilan Pena Ilhamku

~<3 Efek Ilusi Dimensi Cinta<3~ Seperti...

11hb Disember 3.15 ptg
~♥ Efek Ilusi Dimensi Cinta♥~
Seperti terapung
antara dua alam
realiti atau fantasi
Beralun di antara ambum mega
dan pelangi
Adar dan andun antara satu masa
mengelirukan ……….
mengelirukan ……….
mengalpakan ………..

Asmaradanta setiap penjuru
bak ratna dipancar mentari
mengilaukan pancarindera
membutakan tanpa sedari

Mercu setiap menggelodak
jujai bak jeram
undak langkah tidak terdaya
getar bila mengosek
menggigil hingga kehujung nadi

Inilah Efek ilusi dimensi cinta

♥ Kata Bantu :

Alun – ombak
Ambum – kepolan
Mega – awan
Asmaradanta – putih berkilat
Ratna – sejenis permata
pancarindera – pandangan
Mercu – melempar-lempar
Jujai – tidak terhenti
jeram – airterjun sungai
Undak – menyebabkan tidak dapat bergerak laju
Kosek – usik

~ Nukilan Pena Ilhamku – kota singa
~ 11/12/2012
~ 03:01pm