Penaja

12.12.12

Nukilan Pena Ilhamku


~♥ Kias Hias Kias Hias ♥~
Kias hias …..
di hujung pena berdakwat hitam
menghiasi kimbah bermaknawi
menjadikan watak-watak penari
dalam tarian tanpa alunan musika
dengan lentikan jemari
adar canang berdentum guruh
mega-mega kehitaman
di antara pelusuk dunia
kezaliman kemiskinan

Kias hias ….
mengimbau dalam setiap nukilan
di atas altar taburan mawar
jujai dalam setiap mentera
namamu diukir diatas bintang
disusuni dengan barisan awal
bergemerlap setiap malam
agar hatimu tidak kekosongan

Kias hias …..
menghiasi alit di tengah malam
bujukan kimbah batara cinta
memanji setiap kata-kata
dengan menebar bendera cinta
tidak alpa walau alaf lamanya
itulah batara cinta aku namakan

Kata Bantu :

Kimbah – kias
Mega – awan
Imbau – seru
Jujai – tidak pernah henti
Gemerlap – berkilauan
Alit – celak
Bujuk – kata-kata yang manis
Batara – suci
Alpa – lupa
Alaf – beribu tahun

~ Nukilan Pena Ilhamku – kota singa
~ 04/12/2012
~ 01:00pm
4hb Disember 1.19 ptg